Monday, January 31, 2011

Keberadaan (ii)

Satu-persatu aku buka kotak-kotak itu.
Isinya hampir kosong.

Hanya sisa-sisa;
Naluri yang ingin diangkat darjatnya,
mahu jadi lebih baik dari semalam.
Dan kelaparan yang mahu disuapkan,
tak terkenyang cuma dengan bunyian.

Dihujung setiap pencarian,
ada penemuan yang tak terjangkakan.

Kotak ini;
adalah manifestasi kehidupanku.

No comments:

Post a Comment