Saturday, October 31, 2009

Pilih lah!

Jum tidur sayang..dah lewat nih..

Iyer la..cepat baring...cepat kiss i..

Muah...love you baby..

Love you too dear...

...4 minit 37 saat.....

Heloo Rinsu...
*Suara azan persis di Masjid..

Iyer...

Bangun..bangun solat subuh cepat Rinsu....

Iyer ok...
*dah suara-suara makin kelam tenggelam dalam mata yang terpejam....


.........Kamu memilih dunia atau sendiwara??

Mati

Biar hati mati...
Agar kau tak aku tangisi...
Dia tak aku sakiti...
Diri tak aku lukai...
Semua tak perlu aku bohongi...

Biar hati mati...
Cinta akan membunuh mu..
Kasih akan mendera mu..
Sayang akan menjerat mu...

Biar hati mati...
Persis layang tidak bertali...
Terbang tinggi...


Akhirnya tinggal lidi....

Hai awak..

Hai kawan,
Pinjam mancis,
Saya nak bakar prasangka,
Biar hangus jadi abu,
Boleh?

Hai awak,
Pinjam jarum peniti,
Saya nak cucuk jari dan pipi,
Biar terbukti ini bukan mimpi,
Boleh?

Hai awak,
Pinjam sedikit syiling,
Saya mahu ke vending machine,
Mahu beli ribena,
Boleh?

Hai lagi awak dan ini terakhir,
Pinjam rm 7.10,
Saya nak makan,
Boleh?

Kalau semua boleh,
Bungkus semua sekali dalam satu sampulan,
Salotep kemas-kemas,
Dan campak ke Tasik Laici,
Saya ingin menyelam mencarinya..

Ops,
Sebelum itu,
Hai awak,
Pinjam internal hard disk,
Dan yang ini,
Jangan campak dalam Tasik Laici ya,
Taku-takut rosak berkarat,
Awak pegang dan simpan,
Nanti saya timbul dari tasik,
Awak hulurkan pada saya,
Boleh?

Friday, October 30, 2009

RM20 setiap subjek...

Aku pembantu pensyarah...
Melakukan yang di arah..

Katanya satu subjek Rm20..
Aku pilih 20 subjek...berapa puluh?

Tadi yang sangat spontan...

Hasil 20 subjek bertukar rupa..
Dalama masa yang tak seberapa...

Baju..t-shirt...sneakers dan make-up muka..
Menjadikan hasil 20 subjek kepada debu yang terbang di udara...

Hati kini mencongak-congak...
Besok berapa subjek yang bakal aku pajak...
Besok berapa hasil subjek yang bakal terbang ke udara...

Debu....janga lupa!

Bianglala.

Bianglala mencorak gemawan,
Dekatlah lagi,
Ke bumi,
Ingin ku meniti,
Sambil menari-nari,
Lagu yang berlirik,
Pilihan mu,
Yang selalunya,
Menembak jantung ku,
Bila meniti,
Bianglala berjalur seribu.

Bintang jatuh,

terlentang
di pangkuan Bumi.
Bumi sebak menahan tangis,
melihat sang kekasih di hujung nyawa.

Embun menangis. Menitiskan airmata dingin,
mengiringi kepergian Bintang ke sisi Bumi.


Bulan ketawa-ketawa.
"Kau memang bodohlah Bintang..." kata Bulan.

Awan menjeling tak senang hati.
"Kasihannya kau Bintang," rintih si Awan.

Matahari memandang sepi lalu pejamkan mata.
Malas nak amik port katanya.

Bulan menambah sakit hati,
"Bahlulnya kau sang Bintang,kau tak tahukah?
Hakikat cinta tak semestinya bersatu...?"

Angin menggeleng kepala tak setuju.
"Penangan cinta itu maha dahsyat, Bulan.
Berbalas sakit, tak berbalas lagi sakit"


Bulan menyanyi kecil,
"Kiss me.. out of the bearded barley
nightly beside the green green grass
swing swing...."


Awan berpaling menatap Bulan.
"Cinta perlukan keberanian, Bulan.
Bintang sanggup turun ke Bumi,
demi cinta.
Tak seperti kau, bacul dan dayus.
Kau biarkan si Pungguk terus-terusan merindu.
Sedangkan kau sedar hatinya terkunci mati untuk kau."


Bulan diam. Buat-buat tak tahu.
Bulan jadi meluat. Klise, fikirnya.


Matahari berdehem. Menggeliat ke kiri, menggeliat ke kanan.


Cik Embun masih menitis,
"Tabahlah Bintang, tabahlah Bumi.
Bukti cinta itu tetap ada.."

Angin dan Awan mengangguk setuju.


"Aku tak mampu menyinar di sini, wahai kekasihku Bumi."


Bintang terus malap dan kelam.
Meninggalkan lekuk legam,
lambang luka yang paling dalam.


Matahari buka mata,
pancarkan sinar ke wajah Bumi.
Bulan mengundur diri,
Embun mengesat sisa airmata,
Angin dan Awan bergerak seiring.


"Dah habis ke..?" tanya Matahari. Buat-buat tanya.





Marlboroi

Hisap
Rokok
Laju
Laju
.

.
Agar
Esok
Boleh
Pakai
Baju
Baru
.
.
Yuppie

Puisi Ultra Merepek

Ada apa hal Uzbek?
Ada banyak hal-lah Los Patos.
Ok jumpa lagi Uzbek.
Ok jika ada lagi Los Patos!

ZZZhhhiiinngg!!

Butterbee

Langit langit biru bertukar menjadi taman
Rama rama berterbangan dari kiri dan kekanan
Hinggap pula di atas sebuah dahan
Dan datang pula seekor lebah sebagai peneman

Rama rama menari berputar
Sambil ditemani lebah yg galak bermain gitar
Setelah penat mereka berehat
Sebelum matahari hilang ditelan kabus pekat

Dan kemudian

Rama rama itu duduk di atas lebah
Sambil lebah mengepakkan sayapnya
Mereka meninggalkan taman taman langit
Menuju pula ke lorong lorong mimpi

Puisi Orang Kebanyakkan:Bab Dua

Bab Dua: Budak Kecil

Di Hill Park

Seorang budak itu baru bangun dari tidur
Bangun dengan muka tersenyum
Kemudian dia terus ke meja makan
Memenuhkan perutnya dengan beribu kalori
Setelah kenyang dia berjalan jalan ke sekolah

Di Setinggan Park pula

Seorang budak itu baru bangun dari tidur
Bangun setelah dikejutkan secara paksa
''Hey,bangun kamu' kata seorang perempuan
Dan kemudian budak itu terus ke pejabat
Untuk meneruskan sisa kehidupannya sebagai seorang kutu jalanan

Kemudian di sekolah pula

Budak itu membaca buku
Membaca sambil melukis sesuatu
Mungkin besar nanti dia mahu menjadi seorang lawyer
Atau mungkin juga seorang kapitalis

Dan akhir sekali di sebuah kilang

Budak itu tekun membuat kerja
Mukanya comot bergelimpangan dengan cat cat berwarna hitam
Dengan rapinya dia menyiapkan kasut itu dengan jari jemarinya
Untuk diberikan pula kepada seorang bakal lawyer

Puisi ini dibuat berdasarkan video ini.

'SOME THINGS COST MORE THAN YOU REALISE'

Bukan kau..

Hati berdegup kencang....
kerna dia terpikat di setiap kali jumaat...

Pada si empunya busana cekak musang..
Pada songkok kopiah mahupun ketayap serban..

Wajah siraman wudhuk..
Air muka tenang bertawaduk...

Merah..hijau..apa pun yang tersarung...
Hati ini bagai terpasung...

Haih.....
Mengapa kau bukan yang tergolong........

Thursday, October 29, 2009

Terjun Tanpa Paracut.

Mendung awan kelabu,
Bukan lazuardi,
Bersulam hitam,
Memaksa diri,
Terjun tanpa paracut,
Dari tingkat buatan sendiri,
Tiada gundah,
Kerana ku tahu,
Kau menunggu ku di bawah nanti,
Tiada gusar,
Kerana ku tahu,
Mati belum pasti di bawah nanti,
Dan,
Kau bisik,

"Smile lah."

Dan,
Aku cuba,
Untuk tidak mati..

;)

Hey!

Tika aku berpuisi..
Dia fikir aku iri hati..
Aku dengki..
Aku tagih simpati..

Bila aku mengarang..
Dia kata aku gersang..
Aku sonsang...
Ada niat menyimpang..

Jadi aku diam..
Dia diam..

Hey...
Perasaan aku dah lama padam!
Dah kelam!!

Ekuasi Cinta

Cinta itu buta, dan tak kenal maka tak cinta. Oleh itu:

Tak kenal maka tak cinta maka tak buta.

Buang 'tak cinta' = tak kenal maka tak buta.

Juga,

Cinta itu anjing dari neraka.

Maka ekuasi algebra seterusnya:

Tak kenal maka tak cinta itu anjing dari neraka itu buta.

Sekarang, sila selesaikan persamaan ini apabila diberi,

'cinta itu gila'. 

Beautiful Ugly People 3


D. Martin pergi ke pantai berasa nakal.
D. Martin mendapat akal.
Botol kaca jernih disisip catatan sulit,
Dilontar ke biru laut ombak memutih.

Datang gadis kerinduan mensisir ayu,
rambutnya mekar disapa bayu.

Sepi gadis yang paling cantik,
gadis yang paling cantik,
curiga hatinya pada sinar pantulan,
botol kaca berisi pesanan.

Dibuka dibaca penuh harapan,
mungkin harta karun tinggalan zaman,
mungkin wasiat mungkin utusan
buat insan terpilih ditakdir tuhan.

"For my love for so long fate has keep us apart, 
I'm right behind you"

Dengan D. Martin menginjat pasir pasir halus,
menghendap licik belakang si cantik mulus.
 

Megan Musang

aku ini
merestui
kekasih hati
pergi tontoni
Jennifer's Bodi
seorang diri.

.
.
.

Dayus gila.

Tuesday, October 27, 2009

Jangan biar ia mati.

Hari ini.
Genap 30 hari.
Cinta dalam hati.
Moga terus bersemi.
Jangan biar ia mati.

Ingat.
Jangan biar ia mati.

Jangan biar ia mati.
Jangan biar ia mati.

Kekok

Ingin sekali,
kau ku temu.
Banyak yang inginku bicara.
Banyak yang inginku tanya.

Ingin sekali,
kau ku ajak keluar bersama.
Bisa kita berkongsi
dan bertukar-tukar cerita.

Tapi entah mengapa,
di setiap pertemuan pendek kita
yang hadirnya tak disangka,
cuma sunyi yang menyapa,
cuma sepi yang bersuara.

Hanya senyum singkat ku
jadi pengantara yang berbahasa,
mengeluarkan kata-kata
yang ungkapnya tiada.

Hanya senyum singkat mu
jadi petanda
bahawa kita
pernah rapat di suatu ketika.

Dan kemudian,
kita berlalu pergi.
Kau ke kanan.
Aku ke kiri.

Kamu

Aku pingin terbang..
Bernari gaya kepulan asap yang kau hembus..
Meluncur dari bibir...
Terserap ke awan..

Hilang.....

Persis,
Meliuk..bergemalai..
Melentuk selendang hingga terburai...

dan...

Aku mahu khayal tu dari aku..
Ketagihkan aku...
Nikmat datang untuk aku..
Wang dibakar rela kerna ku...

Aku ingin berada di celahan jemari telunjuk dan hantu mu...
Dicium penuh nafsu...
Disedut ghairah bibir pucat kamu..

Hanya kamu....kamu....

Sweet dan masam..

Ku titiskan air mata...
Di serata lautan agar kau tak perasan...

Aku berlari ke bulan...
Untuk di rindukan,

Seperti si pungguk....selalu rindukan sang bulan....

Hingga hari kau menemui ku...

Iaitu pada saat....
Ketika.....
Aku tak lagi mampu untuk inginkan kamu....

luka.

sayang,
bagaimana ya?
mahu aku sembuhkan luka di hati

ya,
luka ini,
luka yang kamu ciptakan
setiap kali kamu bikin
hatiku jatuh padamu,
berkali-kali,

berulangkali.

Boomerang v2

Sesuatu yang aku selalu tidak boleh elak.

Kamu.


-H-

Monday, October 26, 2009

Sejenak untuk kita part 3

Qasih.
mereka bilang cinta kita.
cinta gila.
mula berjumpa di alam maya.
tidak kenal paras.
tidak kenal rupa.
aku bilang.
dalam hati.
mereka cemburu.
dengan kita.
kerana kita bahagia di alam nyata.

selamat jalan betinaku sayang

dia datang membawa cahaya
cahaya bagi kegelapan si jantan perkasa
belasan cahaya mata dikurniakan untuk mereka
akhirnya dia gugur malang rasanya
bersama entah berapa cahaya dalam tubuhnya
gugurnya layu dihadapan si tuan empunya

sabarlah sahabat tuhan lebih sayangkan dia

semoga sibetinaku tenang disana




(kelinci kawan saya mati..... huaaaaaaa)
hari yang mendung + hati yang kehujanan = GELAP...
(T_T)

Puisi Orang Kebanyakkan:Bab Satu

Bab Satu:Duit Poket

Duit oh duit

Mana aku mau cari duit?
Mungkin ada bertimbun dalam parit

Duit oh duit

Ada orang banyak duit
Ada orang sikit duit
Ada orang langsung takder duit

Duit oh duit

Ada orang boleh bawak awek makan makan di 'Kentucky Fried Chicken'
Tapi aku hanya duduk seorang diri di 'Setinggan Fried Chicken'
Ish ish ish kalaulah aku Cristopher Walken

Duit oh duit

Ada orang boleh beli kereta mercedes
Tapi aku hanya mampu beli keropok cikedis
Memang cukup sadis

Duit oh duit

'Aku enggak punya uang' kata Pak Joko
'I borrowed money to buy ECM-Libra' kata Khairul Jamaluddin
'Je n'avez pas assez d'argent' kata Emmanuel Kadebayor

Akhir sekali duit duit duit

Bak kata Jamal dalam slumdog millionaire

'MAYBE IT IS WRITTEN’

nota kaki pound sterling

Beberapa perkataan yang telah dibengkokkan dalam puisi ini tidak sesuai digunakan untuk tujuan rasmi mahupon untuk tujuan peperiksaan.Sekian,terima kaseh.

Sunday, October 25, 2009

Puas?

Siang.
Aku nantikan bulan. Bintang. Embun.

Malam.
Aku carikan mentari. Pelangi. Debu.

Ahhh...manusia. Sememangnya tak pernah puas!

Sejenak untuk kita part 2

Qasih.
mata temu mata.
hati bergelora.
tidak terkata.
berdiri duduk serba tak kena.
mulut terkunci seribu bahasa.
hanya keropok twisties.
menjadi saksi kita.

Saturday, October 24, 2009

aku silap bila aku kata kau lain dari mereka semua,


air mata tak dapat ditahan,
tumpah berjejeran menetes di pesta suka ria
saat aku terlihat kau bersama dia,
perempuan entah siapa.

aku bahagia bersama si bintang, tapi yang aku mahu adalah si bulan

si bintang peneman yang setia
tapi dia jauh...

si bulan pula manis dipandang mata
tapi pungguk juga rindukan dia...

aku jadi keliru malam ini seharusnya aku lena bersama siapa


Beautiful Ugly People 2


Kau sememangnya gadis sensasi
bila hari hari dungu berwarna-warni
lawatan biasa ke taman safari 
bertukar pengembaraan penuh fantasi 

Petang bersama gajah yang mahu terbang,
bangau mahu berenang,
zirafah dengan rentak waltz,
pak belang menjungjungi hidupan yang berkongsi udara.
Sedang diet klorofil. 
Hiasi sangkar mereka dengan bintang-bintang
bintang di hari siang
dan bayangan-bayangan riang.

Bila kita bebaskan mereka dengan
LSD dan carling
pemberian Tony si dermawan. 

Jangan Lupai Aku

Ingatkah kau akan aku?
Aku pendengar masalahmu,
biarpun hanya suatu masa indah dahulu.

Aku harap kau tak lupa
aku yang setia meminjam telinga,
meluangkan masa
agar lega kau sentiasa.

Aku yang,
tiap kali sedari padamu tak kena,
pecahkan tembok malu ku bertanya.
Dan tiap kali itu juga,
sudi kau luahkan padaku,
bercerita.

Aku faham jika kau sudah lupa,
sebab kini semuanya beda
sejak kau sedari aku anggap kau istimewa,
lebih daripada teman biasa.
Tambah pula,
kau sudah mula berdua dengan si dia.
Mungkin hatinya jua,
perlu kau jaga.

Aku faham.
Kini kau sudah ada dia.
Semoga kau gembira.
Aku ada di sini jika sebaliknya.

lebih daripada perkataan

- More than words

"weh aku sayang kau doh
ailevyu A.M
A.M <333333"

sebut taip ribujutakali sampai mati sekalipun
takkan cukup

untuk menggambarkan
luar besar tinggi lebar panjang jauh
sayang saya pada awak.

mata air mata hati II

Cubit hati awak, hati saya terasa jua.

//

Sakit yang awak rasai -- kadang bagai buku lima yang menggenggam mencengkam hati empuk saya. Hancur menjadi ribujuta kecaian. Kecaian yang kemudiannya bercantum kembali. Dan cuba teka apa yang menjadi superglue pencantum itu. Ya -- senyuman pujuk awak. Mencukupi. Meski cuma ini -- (: di skrin soni erikson.

Friday, October 23, 2009

Arpeggio

Malam dan siang

Cakap saja pada aku kalau kau mau nyanyi
Dan aku bisa menemanimu sampai kapan pun
Mungkin jari ini belum terlewat
Untuk kesunyian waktu malam dan siang mu

‘I hope you see like I see’ Kata malam kepadaku
‘And I hope you feel like I feel’ Kata siang kepadaku

Dan aku fikir malam dan siang itu sudah bangun dari cinta
Mereka bangun setelah jatuh berkali kali
Mungkin esok akan lebeh cerah
Dan mungkin juga esok akan lebeh nyaman
Kau sudah tidak tahan dengan karbon monoksida itu bukan?

'You know it has to end' Kata malam dan siang

Ya aku tahu tentang itu
Ianya harus berakhir dengan E Minor
Dan semoga kau dapat bernafas dengan tenang


-weeping willow-

mata air mata hati

"Hujan yang turun bagaikan airmata~"


Matanya! bagai suria. Panas. Hangat membakar. Mencair hati ais batu ini.

Tapi.

Air yang murah dijaja matanya. bagai Taming Sari. Pedih. mencucuk memutar mamah. Hati yang sudah empuk ini.

Sampai hati mati.

Bajet.

Bajet. Bajet. Bajet.

Turunkan sini, naikkan sana,
Itu biasa.

Bajet. Bajet. Bajet.

Naikkan sana, sini tak dapat makan juga.
Itu biasa.

Bajet. Bajet. Bajet.

Rokok naik lagi,
Serius aku berhenti!

Ini bukan biasa.

Biasa

Menguap..
Berair mata...
Tersengguk..

Kaki seperti bernari di taman bunga....

Ada jiwa mengembang mirip span bercorak petak..
Ada suara bernyanyi tanpa irama..

Hati merintih tiada noktah..
Perasaa membeku tanpa salju..

Ahh...
mereka memang sering bermain begitu....

Thursday, October 22, 2009

Jumaat 23


Jangan pernah terdetik
dalam hati kamu semua,
api kebencian.
kerana aku sedaya upaya
tidak meletakkan batas atau sempadan

amarah yang ada cuma
kasih tak terucap
yang bakal membawa
kau ke syurga

Beautiful Ugly People


Melewati keindahan,

angan angan nakal melanggar motosikal penjaja aneka roti manisan cekedis gula gula dan langit biru indah dihiasi aneka roti manisan cekedis gula-gula berterbangan keserata kejiranan anak anak kecil berlari riang menyambut hujanan aneka roti manisan cekedis gula gula.

Kebaikan pada jalan yang salah. 
Keadilan bagi yang tidak mampu 
mengejar kesempurnaan

timbang tara, 
pertengahan.
 

Wednesday, October 21, 2009

Sejenak untuk kita

Qasih.
ingatkah lagi.
waktu kita dulu-dulu.
tika kau tiada untukku.
masa aku tiada untukmu.
pertama kali mata temu mata.
saling memendam rasa.
1001 macam di dalam dada.

Sebab Awak

Awak,

jangan tanya saya mengapa saya masih sendiri.
Dan jangan tanya saya mengapa saya tak mencari.
Sebab dalam diam, saya masih di sini.
Sebab dalam diam, saya masih menanti...

awak.

my answer to the question : "why we broke up?"


i will not change myself to make you love me cause it means you are in love with someone that i'm not. and that would also means our relationship means nothing since you are not in love with me but to the person i pretend to be,

or in the correct words, you are in love with your own imagination and this relationship could have never been existed before.

it explains, no?

Aku dan nanti part 2

bila cinta tidak berpenjuru.
usah dikenang pada angin lalu.
biarkan pada hati yang merindu.
kerana hanya ia yang lebih tahu.

aku dan nanti

aku.
dalam mencari diri.
ketat longgar.
semua ke tepi.
hadapi hidup.
sendiri lagi.
nanti.
bila mati.

Tuesday, October 20, 2009

Welcoming Speech

change my heart.
change my sorrow.
forgive me.
if i change you too.

Alkmaar

Pagi nanti kita bermimpi di alkmaar
Sambil menikmati secangkir kopi di atas kamar

Puisi 2 kerat ini untuk 'Theo Walcott'
Semoga kau cepat sembuh

m00n

3 Ramadan 1430H Penghujung Witir, JB- KL, Proton Exora

Malam ni bulan macam sebijik pisang masak tergantung sunyi kat langit memanggil orang memetiknya. Dipagari bintang. Sekali-sekala kilat menyabung menerangi sekalian alam.

*
Aku laksana bulan: segan kala siang, indah di malam kelam.

Aku laksana bulan: tak mampu terang kiranya tiada cahaya daripada matahariku.

Aku laksana bulan: tampak pudar kiranya tiada dipagari bintang-bintangku.

Aku laksana bulan: mengharap kaulah pungguk ya
ng merindukanku.

*

Brader, aku tak tahu bulan Darul Takzim dengan bulan Darul Naim serupa ke tak, tapi kau tengok je la bulan :)
"Hai bulan, nama saya pungguk, dah lama tunggu? (:"

Monday, October 19, 2009

Pavilion

Dia hanya mahu bersendirian ditemani kesakitan.
Lututnya berdarah.
Sikunya berdarah.

Hatinya senang.

Patah

Piano elektrik tidak akan lari tona

Tidak malam ini. 

Keretapi Paling Panjang Di Dunia

Si dia termenung

Terasa seperti ingin mati.

Le Bateau ivre

Aku datang kepada kau
Dan ku bisik di telinga mu

Bahawa

'Esok adalah hari selasa'

Sekian
Terima kaseh

Puisi ini adalah untuk 'Arthur Rimbaud'
Selamat hari jadi walaupon kau sudah tiada lagi

kadangkala kita perlu memilih,


oh apakah sundal sekali hati ini?

pantang ada yang mengetuk, semuanya dibenarkan masuk.

sila, sila.

kamu yang si nombor dua.


no,
tidak,
tidak,

aku tak mahu mengatakan ini cinta,

ya memang benar seakan akan ada eletrik yang mengalir saat aku terfikir terkenang-kenang akan kamu,
ya memang benar jantung ini berdegup pantas tak mahu berhenti ketika sedetik aku terfikir akan kamu,
ya memang benar aku rasa seronok bersama-sama kamu,

kamu buat aku mahu lagi dan lagi,
kamu buat aku gelak, gembira, dan jatuh cinta berkali-kali,

ya kamu,
kamu yang itu,
bukan kamu yang lagi satu.

kamu yang lagi satu,
cinta pada kamu buat aku rasa biru,
kurangnya oksigen,
buat aku lemas termangu-mangu.

makanya,
aku mahu kamu,
kamu yang itu,
ya, mari masuk pintu hati aku.

.

Sunday, October 18, 2009

Posmen

Kau sukar ku mengerti
Seperti menjadi posmen di Bali. Dan Italy.

Malam..

Saat lengan menjadi hamparan paling empuk malam ini..
Hati..teganya dikau mencuit rasa...
Rasa rindukan suara penuh mesra..
Rindukan nada gurau senda..Inginkan hangat suasana...
Mata ku arahkan ke seiring putaran kipas di siling..
Ku sedar dikau tiada..
Dikau tidak pernah ada..
Dan bukan hadir kau buat aku saja...
Lenyapnya indah malam..
Kabur sudah cahaya pagi..
Hilang segala harapan setia...
Kini ingin ku lebarkan sayap duka..
Terbang menelusuri malam tanpa bintang kejora..
Meraih tangis menutup nada melankola..
Menerima hakikat suaramu takkan kunjung tiba...



Takkan...

Incest

Untuk bapa

Layakkah kau ku panggil seorang bapa
Padahal kau membunuh jiwa anakmu sendiri

Sampai lebam badannya
Sampai rabak bawahnya
Sampai pedih tulang belikatnya

Dan untuk kau bapa

Kau tidak layak dipanggil sebagai seekor bapa
Kerna binatang itu lebih suci sifatnya

Dan akhir sekali untuk kau bapa

Kau tidak layak untuk menerima apa jenis bahasa sekalipun
Kerna sifat kau lebih teruk dari syaitan yang menjaga pintu pintu neraka

Kelip-kelip

Kelip kelip engkau datang
Kelip kelip engkau hilang
Kelip kau bikin aku buntu
Kelip kau bikin aku celaru
Kelip kau bikin aku tergagau-gagau
Kelip kau lama-lama boleh bikin aku sasau

Dinding biru, sekali kelip macam ungu
Sekali lagi kelip terus tukar kelabu
Kelip kau makin dilayan makin bikin aku dungu
Resah gelisah, haru biru

Kelip kau kadang membutakan
Tertukar berus gigi, syampu dan lain peralatan
Nak duduk berfikir pun tak senang
Buang air kecil, besar pun tak lancar

Mulanya aku buat-buat tak tahu
Malas sebenarnya mahu melayan nafsumu melulu
Mahu ini, mahu itu
Kau fikir aku ini buta kayu?

Bila aku pejam, kelipmu seakan berbahang
Bila aku celik kau buat-buat pejam
Dalam urutan dingin bahang dingin dingin bahang dingin

Orang lain nampak dari luar rumah
Kamar mandi aku persis orang gila
Atau disko bisu diselang seli bunyi air dari pancuran dan statik

Tau tak mana nak beli starter lampu?


- Bangsar, 2009

Gelagat Si Plagiat

Ish, ish, ish.
Labu, Labu.
Senang-senang kau memplagiat.
Penat-penat aku memerah dan menitis keringat,
menulis apa yang di hatiku tersirat,
kau selamba cilok aku punya ayat-ayat.

Kau tolak tambah beberapa part,
publish di kau punya tempat,
agaknya puji-pujianlah yang kau dapat.
"Terer-lah kau buat."
Takpun, "Memang smart!"

Bila ku tegur, kau tukar alamat tempat.
Apa kau ingat aku tak tau apa kau dah buat?!?!

Sekurang-kurangnya, kau bagilah kredit dekat penamat,
walau ku tau karyaku taklah hebat sangat
jika dibanding dengan karya-karya Tok Abdul Samad.
Setidak-tidaknya, berbaloi juga aku luangkan jam, minit, dan saat
mengikat ayat-ayat puitis karyaku erat-erat
untuk hasilkan apa yang kau dah plagiat.

Aku penat tau, AKU PENAT!!!

Haih,
susah nak cakap
gelagat si plagiat...




http://enciklabu.blogspot.com/

http://enciklabusepi.blogspot.com/2009/10/bukan-puitis-romantis.html
http://www.blogger.com/profile/15260137950587273077


*Terima kasih Si Labu kerana memplagiat "Malam yang Gelap" aku. Kerananya, tercetus karya baru ku ini.*

Saturday, October 17, 2009

Lorong Psychedelia

Di lorong mimpi seperti ini
Manusia hidup berseorangan
Hidup dengan bertemankan kegelapan waktu siang
Dan kecerahan pada waktu malam

Di lorong mimpi seperti ini
Sudah terlalu basah
Basah untuk ditambah dengan airmata
Dan sempit untuk diisi dengan penyesalan

Di lorong mimpi seperti ini
Manusia belajar untuk tidak meminta maaf
Kerana maaf baginya hanyalah sia sia

Di lorong mimpi seperti ini
Haiwan bisa terbang berkeliaran
Terbang untuk mencari cinta
Yang hilang ratusan tahun dahulu

Dan akhirnya

Di lorong mimpi seperti ini
Aku hanya melihat dgn nafasku
Dan tidak akan pernah lebih daripada itu


Puisi ini untuk ‘Monty Tiwa’
Semoga kau sehat2 disana

Kamu.

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah; Most Gracious and Most Merciful


Melihatkan diri kamu malam ini
kelmarin yang menjadi kabut
semalam yang makin kalut
esok bakal terus pincang.

Pengharapan sumbing kikis sehalus-halus
kau tiupkan lagi abu amarah.

Buat manusia yang terus aku sambut;
jangan sekali-kali datang walau dalam mimpi
jika kamu tidak benar-benar maksudkannya.



nora bahari
28 Januari 2009

Friday, October 16, 2009

Mangkuk

Teka teki teka tekuk
Ular mati dalam mangkuk

Croissant dan Cigarette

Dia mula berlari
Dgn berkaki ayam
Berlari lari sambil memegang rokok dan croissant

Lariannya lunatic
Seperti mimpi yg belum sempurna

Dan dia terus terusan berlari

Sampai ketiaknya basah
Sampai tetek nya basah
Sampai perutnya basah
Basah dgn mimpi dari syurga

Sambil itu
Perlahan lahan dia menguyah croissant
Dan berselang seli dgn tiupan asap nikotin

Dan secara tiba tiba
Kucing itu turut serta berlari
Anjing itu juga turut berlari
Mengekori rapat seekor budak itu

Dan akhirnya
Mereka sampai ke lorong psychedelia
Bersama sama untuk terbang mencari mimpi tidurnya

Mediocre -

Berhenti melirik aku sekiranya engkau tidak
cukup untuk aku


M

Hujan,

melarut dalam hati
leraikanlah simpulan benci
yang sekian lama terpateri
agar kau bisa kembali
menuntut yang dulunya pernah kau miliki


>>>>>sejuuukkk

Thursday, October 15, 2009

Sekuntum Kucing Secangkir Anjing

Sekuntum kucing
Dari lorong psychedelia

Dan sekuntum kucing itu
Mencari seekor bunga rose

Kemudian
Datang pula secangkir anjing

Dan secangkir anjing itu seraya berkata
'Aku mahu kawan dgn kau'

Dan seperti biasa
Sekuntum kucing itu menggerakkan ekor belakangnya

Sekuntum kucing itu mula berkata
'Boleh kalau kau tahu nyanyi lagu
ini'

Dan secangkir anjing itu mula menyanyi
Sambil didengari oleh sekuntum kucing itu

Dan pabila secangkir anjing itu selesai menyanyi
Sekuntum kucing itu membisikkan sesuatu
Di telinga kiri secangkir anjing itu

'With our love-we could save the world-if they only knew'


Dan merpati dua sejoli itu
Beredar sambil memegang tangan

Beredar dari lorong reverie
Menuju ke lorong psychedelia

WHEN THE POWER OF LOVE OVERCOMES THE LOVE OF POWER, THE WORLD WILL KNOW PEACE - JIMI HENDRIX

sukma atma II

Perempuan sembunyik
untuk dicarik.

Wednesday, October 14, 2009

bentuk tanda tanya si pelik

tumpang tanya...
pernah tak kamu proses item ini dalam kotak fikiran kamu?


"aku rindu kamu tahu"




pernah??
tapi kenapa kamu macam tak faham-faham lagi??

Sunday, October 11, 2009

sukma atma

Perempuan merajuk
untuk dipujuk.

Saturday, October 10, 2009

Mandatori.

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah; Most Gracious and Most Merciful


Hari ini
pesalah itu menyarung baju kemas tanpa calit salah
membariskan kata sehalus mulus
dan berdoa agar tiada siapa sadar
yang semalam itu dia sudah bunuh jiwa seorang perempuan.

Bergembira dia semahunya
kerna bagi dia
tidak ada hukuman mandatori atas salah itu.



nora bahari.

melaka.

Lima jalan Nova terbuka!

Merempat.
Air sampai lambat.
Cuma makan donat
Perisa cokelat.
Indah dalam palat.
Taknak balik cepat.

Si tu m'aimais, et si je t'aimais, comme je t'aimerais!

indah melati mekar di taman
tanam selasih berbunga lalang
apa diharap kasihnya tuan
jika hanya saya seorang


;))

Friday, October 9, 2009

mabuk mabuk


di hari temu janji pertama,
aku sudah gembira melihat kamu menanti aku
dalam pakaian putih itu.

kemudian,
kita bersama duduk di satu meja
di mana kamu duduk di hadapan aku, dan mata kita saling bertatapan.

tiba-tiba kau tanggalkan selipar mu,
dan sendalkan di bawah meja kita,
demi menghentikan goyangan meja yang bakal mengganggu konsentrasi nanti.

tapi kini,
kemana kau letakkan hati mu,
di kala hati ku bergoncang, kemabukan cinta mu?

.

Thursday, October 8, 2009

Saat Kusedari Kewujudanmu

Aku masih ingat saat itu,
saat kau butuhkan sesuatu
'tuk ketatkan kain longgar mu
sebelum persembahan tarian mu di Hari Guru.

Kau hampiri aku,
mohon pinjam tali pinggang ku
yang tersimpan di dalam beg masa itu.

Tanpa ragu,
ku hulur ia padamu
kerna niatku,
cuma untuk membantu.

Selesai tarian mu,
kau tanya ke aku,
jika ia bisa dipulangkan esok hari.
Namun esok, tali pinggang, aku perlu.
Dan aku....aku cuma ada yang itu.

Kau lalu gegas ke tandas, bersalin
sambil aku di luar, menunggu.

Hari itu jua,
kau pulangkan tali pinggang ku
sambil menawar ku memilih satu
daripada apa yang ada
di dalam kotak Dunkin' Donuts itu.

Aku menolak sopan,
tersenyum,
tersipu,
malu...

Wednesday, October 7, 2009

Janjitemu


Mereka masih ingat, 
sewaktu ulangtahun yang pertama dahulu, 
dahulu,
dahuluuuu... duluuuu....

Adalah yang paling tidak sempurna, 
tapi yang paling manis dan diingati. 
Direstoran makanan segera, 
ayam goreng makanan pantas dan air berkarbonat dalam gelas kertas. 
Mata-mata musykil memerhati dan mereka berdua, 
bahagia tak ingat dunia.

Hanya dalam pijamas mereka. 

Malam yang Gelap

Malam ini gelap,
Bintang-bintangnya malap.
Cahaya bulan perlahan-lahan melesap,
Dilitupi awan hitam yang bergerak senyap.
Kernanya, rasa kehilangan hadir menyelinap.
Kerinduan akannya dibiar merayap.
Membuatkan tiap waktu diguna 'tuk mengharap,
Akan kembalinya apa yang telah lenyap.

i'd rather NOT be with you

bila semuanya kelihatan hampir hilang

aku harap kau bukanlah apa yang tinggal

Tuesday, October 6, 2009

"Jenny! it's killing me" - Tekan Lima

Aku cuba baca antara garisan
Kau buat aku hilang kewarasan!

emotional refrigerator

17 Jan 2009 // 1557 jam

pedulikan Sang Perasaan.
Tak usah dilayan. Permainan setan.

Palsukan kebahagiaan. Plasterkan senyuman.
Semua untuk menawan kawan dan lawan.
Sorokkan ketakkeruan. mahupun tekanan.
Simpan. Jangan diperlihatkan.
Simpan.
Biar hati dimakan. Biar keperitan ditelan.
Biar tinggal penafian. pendustaan.

Dalam keramaian. Aku tak perlu perhatian. Aku tak perlu kemunafikan.

ah. Malas nak layan!

Monday, October 5, 2009

Ingin ku...

Ingin aku merintih tanpa suara..
Menangis tanpa air mata...
Bersedih tanpa rasa hiba....

Ingin seluruh alam ku kongsikan cebis-cebisan bahagia...
Yang tersisa di hujung senyuman yag terukir di bibir...
Terbaki di sudut hati yang paling terpinggir....

Ingin setiap insan ku curahkan sayang..
Yang menebal di segenap saraf tubuh diri..
Mendalam di kolam cinta paling misteri...

Ingin malam ku baluti mimpi indah...
Menyambut fajar dengan kerdipan di alis..
lentaran cahayanya nan merah....

Tiada Dimensi.

بسم الله الرحمن الرحيم
In the Name of God, The Most Gracious, The Most Merciful

Bila ombak cinta mula pasang dalam diri
dengar nama dia saja
jiwa bagai tak berpaksi
apa kisahnya si sayang hati.

Ah
itu belum berdepan diri
banyak sangat nak dikatakan
tapi tak terluahnya nanti.

Sebaliknya senyum-senyum simpul
atau
berbalas pandangan manis
sahaja yang diberi.

Kan?

Jangan bohong.



nora bahari
melaka
12:22am

Sunday, October 4, 2009

Joyride


Malam ini,
Mari keluar memanduria
Kerana hidup semakin bosan bosan 
bosan

Di cermin pandang belakang
Sudah tergantungan disco ball comel
Di stereo 
Ada Men Women & Children,
Ada Bloc Party,
Hell ada juga The Petshop Boys
Dan The Village People.

Kita bernyanyian beriringan sepanjang jalan
Sekuat hati kita benarkan
Kita layangkan isyarat jari 'V',
pada officer sekatan jalan.

Kita rempuh acara keraian bukan kenalan
Kita masuk tanpa jemputan
Kita bikin onar dan berkecoh-kecohan
Ditendang keluar penjaga keselamatan

Tidak mengapa jika kita pulang
tanpa teman masing-masing
teman satu malam

Malam itu masih empunya kita
Memanduria
Disco ball comel dan lagu-lagu gembira.

Saturday, October 3, 2009

pola pencarian

saya tunggu lama

tapi awak tak datang-datang

jadi...

saya pergi

Friday, October 2, 2009

kiub rubik

kamu komplikated

kenapalah aku suka??

mungkin sebab...

selagi aku tak selesaikan kamu...

kamu takkan pernah boleh jauh dari aku

aku janji itu...

Perempuan IV - Menyampah

Kalau lelaki jenis kamu
walau turun dari kayangan

aku lebih rela sepi yang datang
menakluk segenap ruang.

{boleh blah la woi}



1055,300909
Batu5,TgTuan.

Thursday, October 1, 2009

terima kasih


pipi aku sakit
kerana kau

ya.

kerana,
kau bikin aku senyum
tak henti-henti.




Frenemy

Malas nak lawan
Berat nak kawan
Apa penyelesaian?