Sunday, October 18, 2009

Gelagat Si Plagiat

Ish, ish, ish.
Labu, Labu.
Senang-senang kau memplagiat.
Penat-penat aku memerah dan menitis keringat,
menulis apa yang di hatiku tersirat,
kau selamba cilok aku punya ayat-ayat.

Kau tolak tambah beberapa part,
publish di kau punya tempat,
agaknya puji-pujianlah yang kau dapat.
"Terer-lah kau buat."
Takpun, "Memang smart!"

Bila ku tegur, kau tukar alamat tempat.
Apa kau ingat aku tak tau apa kau dah buat?!?!

Sekurang-kurangnya, kau bagilah kredit dekat penamat,
walau ku tau karyaku taklah hebat sangat
jika dibanding dengan karya-karya Tok Abdul Samad.
Setidak-tidaknya, berbaloi juga aku luangkan jam, minit, dan saat
mengikat ayat-ayat puitis karyaku erat-erat
untuk hasilkan apa yang kau dah plagiat.

Aku penat tau, AKU PENAT!!!

Haih,
susah nak cakap
gelagat si plagiat...




http://enciklabu.blogspot.com/

http://enciklabusepi.blogspot.com/2009/10/bukan-puitis-romantis.html
http://www.blogger.com/profile/15260137950587273077


*Terima kasih Si Labu kerana memplagiat "Malam yang Gelap" aku. Kerananya, tercetus karya baru ku ini.*

5 comments:

  1. gelagat si plagiat.
    tiada sudah.
    anggaplah ia menghargai karya kamu walau tidak secara terang (meletakkan kredit di penamat).
    untung2nya ia ada masa meneliti hasil tulis kamu.

    mungkin lebih baik sebagai warning kepadanya adalah ini;
    "di atas itu lebih tahu akan segalanya."

    =)

    ReplyDelete
  2. sabar!! =]

    apa2pun, kamu kena berbangga, puisi kamu asas kepada karyanya...

    ReplyDelete
  3. NORA BAHARI;
    terima kasih, mmg Dia maha mengetahui...=)

    muFFin;
    betul! =D

    ReplyDelete
  4. cool saja. tak kemana dia. mahu dibantai?

    ReplyDelete
  5. Abdul.Fatah.Firdaus;
    ya, sedang keeping cool..=P
    dibantai? hahaha..

    ReplyDelete