Saturday, October 24, 2009

Beautiful Ugly People 2


Kau sememangnya gadis sensasi
bila hari hari dungu berwarna-warni
lawatan biasa ke taman safari 
bertukar pengembaraan penuh fantasi 

Petang bersama gajah yang mahu terbang,
bangau mahu berenang,
zirafah dengan rentak waltz,
pak belang menjungjungi hidupan yang berkongsi udara.
Sedang diet klorofil. 
Hiasi sangkar mereka dengan bintang-bintang
bintang di hari siang
dan bayangan-bayangan riang.

Bila kita bebaskan mereka dengan
LSD dan carling
pemberian Tony si dermawan. 

1 comment:

  1. terbang. sedangkan gajah boleh terbang, aku juga mahu terbang. huh.

    ReplyDelete