Monday, October 5, 2009

Tiada Dimensi.

بسم الله الرحمن الرحيم
In the Name of God, The Most Gracious, The Most Merciful

Bila ombak cinta mula pasang dalam diri
dengar nama dia saja
jiwa bagai tak berpaksi
apa kisahnya si sayang hati.

Ah
itu belum berdepan diri
banyak sangat nak dikatakan
tapi tak terluahnya nanti.

Sebaliknya senyum-senyum simpul
atau
berbalas pandangan manis
sahaja yang diberi.

Kan?

Jangan bohong.



nora bahari
melaka
12:22am

2 comments:

  1. Salam semua,

    "ini ruang puisi yang digarap secara bersama-samakah dalam kalangan kalian ? (saya bilang ada 15 nama yang berlainan)",

    "saya silap atau betul ni ?".

    ReplyDelete
  2. Awak betul en. Zulkifli Mohamed. Kami ialah kolektif penyajak paling terbuka dan paling tidak elit sekali. Kami menerima sesiapa saja yang berminat. Blog ini terbuka untuk 50 orang kontributor.

    ReplyDelete