Sunday, October 18, 2009

Kelip-kelip

Kelip kelip engkau datang
Kelip kelip engkau hilang
Kelip kau bikin aku buntu
Kelip kau bikin aku celaru
Kelip kau bikin aku tergagau-gagau
Kelip kau lama-lama boleh bikin aku sasau

Dinding biru, sekali kelip macam ungu
Sekali lagi kelip terus tukar kelabu
Kelip kau makin dilayan makin bikin aku dungu
Resah gelisah, haru biru

Kelip kau kadang membutakan
Tertukar berus gigi, syampu dan lain peralatan
Nak duduk berfikir pun tak senang
Buang air kecil, besar pun tak lancar

Mulanya aku buat-buat tak tahu
Malas sebenarnya mahu melayan nafsumu melulu
Mahu ini, mahu itu
Kau fikir aku ini buta kayu?

Bila aku pejam, kelipmu seakan berbahang
Bila aku celik kau buat-buat pejam
Dalam urutan dingin bahang dingin dingin bahang dingin

Orang lain nampak dari luar rumah
Kamar mandi aku persis orang gila
Atau disko bisu diselang seli bunyi air dari pancuran dan statik

Tau tak mana nak beli starter lampu?


- Bangsar, 2009

No comments:

Post a Comment