Tuesday, August 31, 2010

Hantaran Sedulang Hati Calar Untuk Puteri Rambut Sedap

selama yang aku mampu ingat,
aku genggam salah satu organ kamu yang penting,
organ kamu yang masih berdenyut
(no no, bukan yang itu wahai perverts! aku sedang bicara tentang hati!)

hati kamu yang sambil ditatang,
kadangkala tak sengaja aku calar kan.
iya, iya,
ia masih dalam kedua tangan aku.

tapi,
semenjak dua menjak ni,
aku perasan kamu cuba ambil semula hati kamu dari genggaman aku.
(tak susah untuk notice, after all, hati kamu masih ada pada aku)

aku cari cari sebab
'Oh! Itu rupanya!'
Mata bulat kamu,
fixated ke atas rambut gulung yang sedap dikunyah,
dan kaki yang go on for miles.

Aku senyum sendiri dan
setitik air mata aku,
jatuh ke atas hati kamu yang masih pulsating.

Aku ambil setengah hati kamu dan jahitkan dengan setengah hati aku
Aku hidang atas pinggan
dan beri kepada makhluk berambut sedap dan berkaki panjang.
umpama hantaran kahwin.
atau hadiah dulang hati nyamuk untuk Puteri Gunung Ledang.

Samada dia simpan dan tatang seperti yang aku pernah buat,
atau dia jamah rakus hati itu,
aku tak tahu.

Yang pasti:
bahagia kamu, bahagia lah aku.
sakit kamu, sakit jua aku.

Monday, August 30, 2010

Merdeka 53..

Merdeka ke-53...
Ku berharap bukan bermula titik segala noda...
Ku harap ianya medan untuk menginsafi perjuangan bangsa...
Dalam menggenggam erti kebebasan dan saksama...
Betapa pejuang lama bersusah mendapatkanya....
Dan betapa mudah sekilas jasanya dilupa......



Merdeka 53...
Malaya dihatiku semakin tua...
Uzur memandang kerenah anak muda negara..
Yang kini makin dijajah pula mindanya...
Menggadai maruah negara..
Mencium kaki penjajah dunia....
Mempersenda sifat patriotisme...
Mengagung bendera 'disana'...



Ahh...sia-sia!
Sia-sia mereka menumpahkan darah dan air mata...
Sia-sia mereka bergolak bergadai demi cita-cita...
Andai pengorbanan lansung dipersia...
Apakah layaknya kita dijajah semua?
Apakah layaknya kita dijadikan hamba?
Layaknya kita mencium kaki si bangsat durjana...



Apakah layak untuk kita hanya menutup mata??
Mengaku mencinta..
Walhal berpura-pura...

Sunday, August 29, 2010

Orang -orang '53

Sudah diriwayatkan
bumi ini silih berganti
siang malam tetap sama

Kutang yang besar
alihkan bersama tangan yang gelap
berisi bagaikan seguni penuh
menghempas suara-suara mereka
mengangkat senjata tanpa hentinya
suasana itu masih terasa
walau 53 tahun sudah lama

Laungan itu
akhirnya bisa dilaungkan
orang-orang merdeka
letakan lelahmu di tepi kota
asakkan rasanya si penyulit propaganda dunia
kibarkan jalur kita
biar mereka pejam mata

undefined term for you and me

jika bisa aku mahu tali antara kita menjadi entiti tak terdefinisi
biar kekal sebagai abstrak yang berwarna warni
kerana bila kita memberi label pada rasa ini
aku takut ia hancur berkecai dan merobek kedua hati dari setiap inci











when you love someone and do nothing
because you fear of losing what you already have
you are actually end up with losing too...

losing the one you love for someone else.

Saturday, August 28, 2010

Cuba

kugali fikir tidak kujumpa
kuselam jiwa tiada bersua
menyusun aksara
mencari kata
untuk kutulis satu cerita
kumahu muntahkan rasa
biar keluar buruk membusuk
asal di dalam aku bertambah elok

kucuba.
yang ada masih cela

berjalan diantara keegoan

aku berjalan diantara mereka-mereka yang dewa
kepala mereka dilangit
kaki mereka emas permata
tubuh mereka penuh kuasa-kuasa
tertunduk-tunduk aku
menahan malu

mata mereka memanah tajam
memerhati setiap gerak aku yang kerdil
mulut mereka tidak pernah diam
mencaci-maki, meluat-benci.
tertunduk-tunduk aku
menahan malu

hujanan suara tanpa henti;
"hey kecil!"
"hey hina!"
"hey jahanam!"
"hey hitam!"
"hey lemah!"
entah naluri apa
jari telujukku terangkat
menghunus tinggi ke awan biru
kataku;
"siapa kalian mahu mensifatkan aku!"

lalu runtuhlah dewa-dewa satu persatu
menjadi kuman, menjadi kotoran
di celah kuku
nah!

terima kasih Tuhan.
apa sahaja bisa terjadi
dengan kehendakMu.

-Sadis

Gandaan

Orang kata,
Jangan buat silap yang sama dua kali
Aku kata,
Jangan buat silap yang sama lepas dua kali

Bila buat silap sekali, kecenderungan untuk buat yang kedua kali akan masih ada
Jadi bila buat silap dua kali, kecenderungan untuk buat yang ketiga kali lupuskah?
Tidak.
Cuma sakit yang diterima akan berganda
Maka penyesalan akan berganda
Dan kebarangkalian untuk kali ketiga berkurang berganda

Anda boleh juga untuk menukar ayat di atas kepada empat atau lima kali
Kita lihat hasilnya bagaimana.

- izas

p/s: post pertama di sini. mohon tunjuk ajar.

Friday, August 27, 2010

No Matter How Life Sucks, No Matter How Bad Things Turn Out, As Long As I'm Here, There's No Other Place I'd Rather Be

H o m e.

ocean of desire

when the ocean crashed its wave
I can see reflections of life

When it came to wonderfull journey
I see your smile

I want to keep this memory of you
Forever..

Coz your're my ocean of hope and desire

GAH

kamu harus tabah.

ini mulut manusia yang tak mampu kita tutup seperti mulut tempayan.

biar mereka membebel sampai mereka rasa sewel.

kamu harus tabah.

harus tunjuk kamu ini manusia yang GAH!

so-sial.

orang sudah mencecah bulan
melihat bintang dari awan
kita masih di pawagam
dengan teman main kemaluan.

orang sudah bina jentera gergasi
memanipulasi tenaga matahari
kita masih di jalan raya saban hari
naik kapcai buat 'willi'

orang sudah mendidik anak
menjadi teruna menjadi puteri
kita masih dalam kereta, dalam semak
menjadi kera menjadi babi

Orang sudah membina negara
semakin maju hari-hari
kita masih dengan kita
sekadar politik kedai kopi.

apa nak jadi?
lalu salahkan Tuhan,
bila bala menjadi-jadi?

macam sial.



-Sadis

bapak ayam

dan setiap kali janji-janji kau
Terngiang dalam lubuk hati,

Setiap kali itu
aku ibarat dibakar hidup-hidup

Setiap kali itu
Aku sakit pedih

Dan setiap kali itu
Aku kesal..

Kau..
Yang aku patuh.
Bapak ayam.

Thursday, August 26, 2010

Kita Berbeza Pendapat Hanya Kerana Aku...

Ini amuk dalam jiwa
Ada kecewa dalam rasa


Nafas aku seolah terkandas

Cetek benar otak-otak yang berfikir

Marah bila dikata tidak maju
Melenting bila dikata malas
Meraung meludah bila ditindas
Tapi tak berganjak merentas perubahan
Ini Melayu?

Enak bermain kata
Enak memberi makna
Enak menabur janji dusta
Ini dunia Melayu
Sinonim dengan sub-sidi
Pijak semut pun tak mati
1 Malaysia cuba direaliti
Tapi Melayu bertikam sesama sendiri
Ini Melayu?

Cina kaya
Melayu biasa-biasa
Mula tercetus perang bangsa
Melayu gaduh Cina gembira
Kerana tak lama lagi
Malaysia mereka punya
Bukalah mata bukalah minda
Apa guna bersengketa
Kita masih pijak pada tanah yang sama

Rasa aku ini
Pasti ada yang sangsi
Tapi aku tak peduli
Kita sering berbeza pendapat
Hanya kerana aku

Melayu minoriti.

Kapal Terbang Kertas Mini.

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah; Most Gracious and Most Merciful

Pernah aku lihat
anak kecil,lelaki
melipat-lipat kertas surat khabar
lebihan balutan jualan nasi lemak bondanya
menjadi seakan kapal terbang kertas mini
sambil mulutnya terkumat-kamit bicara pelat girang.

Muncung mulut cuba meniup hujung kapal terbang kertas mini itu
penuh pengharapan
seperti menghembus roh kepada objek tidak berjiwa
agar nanti boleh terbang tinggi
seperti dalam lakonan di tv.

Sayang sekali
bila dilepaskan
terbang tingginya tak sampai sekaki.

Lantas bondanya membisik, “adik, bila besar nanti pasti kapal terbang itu takkan jatuh lagi, adik boleh bawa terbang tinggi.”

Besar harapan bondamu anak kecil.
Jika kamu mampu mengerti
ia lebih dari kapal terbang kertas mini.


nora bahari
hulu langat

illumoonati II

Hai bulan
nama saya pungguk
Dah lama tunggu?
:)

*

Hai bulan
nama saya riba
Dah lama saya tunggu.
:(

ilumoonati

Bulan tengah Ramadan
dikepul Marlboro
ditelan awan
peek a boo
kira sampai sepuloh
bertembung Zuhrah
lalu terbelah dua.

Wednesday, August 25, 2010

tertutup rapat

aku sengaja
menutup rapat ruang hati
agar kau sukar menerobosi.

kerana aku mahu
kau selesa
berehat
di dalamnya
nanti.

pesan aku
jangan pernah kau berhenti
ya?

-Sadis

Baik-baik Saja

Kau berlari
Aku berjalan
Kau menyanyi
Aku berpuisi
Kau memandang
Aku melihat
Kau bercakap
Aku berfikir
Kau diam
Aku bisu
Kau luka
Aku baik-baik saja.

Kau berjanji
Aku bersumpah
Kau berlagu
Aku termanggu
Kau ketawa
Aku senyum
Kau rapuh
Aku patah
Kau hancur
Aku lebur
Kau kecewa
Aku baik-baik saja.

Hey,
aku memang begini
baik-baik saja

Kau?

Selamat Pagi

pagi-pagi sudah hujan lebat.


maka,

suasana paling nyaman tercipta,

apa lagi kalau bukan untuk bikin taik mata.


tapi,

aku cuba tutup mata,

masih tetap terbuka.


lantas,

aku cari kaca mata,

buka komputer riba,

taip baris kata-kata.


selamat pagi wahai semua

Tuesday, August 24, 2010

Rasa yang keliru

Rasa tak pernah tipu
Perasaan selalu jujur

Kalau itu yang aku rasa

Aku tulis

Aku luah

Kenapa malu nak menangis?

Kenapa segan nak mengaku dosa?

Tapi beria meluah cinta


Kau aku kita sama
Mungkin lebih banyak dosa dari pahala
Kau...ya kau
Ada cinta atau nafsu yang beraja?
Syurga, neraka kau pilih yang mana?
Kalau syurga kenapa himpun dosa?
Kalau takut neraka kenapa sinis pada pahala?
Kau mengadap kiblat,
Kau angkat doa
Kau ingat ini suka-suka?
Jangan cakap kau sedar
Tapi tak tau apa yang tak kena.

Antara nikmat dan dosa
Aku terpana
Antara cinta dan nafsu
Aku keliru
Atas dasar apa aku harus menilai
Perasaan itu datang dan pergi
Sujud dan tafakur silih berganti
Lantai dunia sepi
Bila keagungan Illahi membukti
Saat itu segala taubat terhenti..



**ini puisi lama tapi rasa itu datang kembali.

Half A Donut

Perfect encircled delicacy
of seemingly endless pleasure
complete and whole

Until you take a bite
and left the rest for me
half a loop
half a hole

Monday, August 23, 2010

Your Shallowness Is Deep

One thing I hate
About this world
Is how people think you are stupid
If you are silent

Little do they know
It is their insecurities
That imprints these smudges
On their perception

When they need to know
If they are right
And all you have for them
Is the truth
That nobody knows

legasinya


semalam aku dongak ke langit..
ilusi misteri memintas laju imaginasi khayalan..
datang dondangkan irama klasik..
mengalirnya teori-teori indah bersama..
terciptanya metadologi purba..
memikat hati citarasa sendiri..

audionya indah..
stereonya menarik..
tercetusnya simfoni riang..
aku tertarik..

hidup ini..
segalanya berkisar..
halangan setia berdiri..
menanti yang tidak pasti..
jatuh berdiri..

disertasi semasa dia..
hasilkan karisma halusinasi..

aku terpikat..
aku terleka..
aku dalam khayalannya..

getaran jiwaku tewas digenggamannya..
interaksi komunikasi pemacu spekulasi..
arah rotasi segera berubah..
kelangsungan hidup bermula..

aku terima cenderamatanya untuk jiwaku yang buta..

terlupa III

kadang-kadang kita lupa
ada yang mencintai kita
kerana dia
Tuhan semua

-sadis

cinta silap mata

percaya pada cinta engkau
Bagai percaya pada silap mata

Tidak logic.

terlupa II

kadang-kadang kita lupa
ada yang menjauhi kita
kerana dia
terlalu suka

-Sadis

KAU YANG SUNGGUH SUNYI.

.

Kau yang sungguh sunyi.
Bila me'mini'kan
diri sendiri.
Lari jauh ke lubuk
hati bahagian yang paling.
Memberi
satisfaksi.

.

Sunday, August 22, 2010

~bOhOng :P

Pening lalat rasa otakku
Bila kusedar masa dah hampir tamat
Untuk aku sembunyikan seberkas rahsia
Simpulan tidak terlerai berderai
Sebelum jatuh ke lapangan deria kamu
Perlukan aku tetap berbohong
Agar kamu boleh tersenyum...seperti hari ini

Saturday, August 21, 2010

terlupa

kadang-kadang kita lupa
ada yang membenci kita
kerana dia
terlalu cinta.

-sadis

Friday, August 20, 2010

fasik --- munafik

seribu kali kau janji tak mahu puisi emosi lagi
duaribu kali kau tewas dengan hati ; mungkiri lagi dan lagi.

Thursday, August 19, 2010

Puisi cinta 10.24pm

.

monologe dalaman

harus jangan kau kata ianya benar
Sedangkan hakikatnya, kau sendiri tahu bukan?

White lie kononnya?
Ahh.. Itu bukan alasan!

Biar mati dengan kebenaran
Jangan hidup bertikarkan kedustaan.
Ingat!

Wednesday, August 18, 2010

Nature Disaster

Kilat
petir
ribut
taufan
tsunami
mendung
dah reda.

Sekarang cuaca dah cerah
Cuma kadang kadang
hujan turun juga
renyai renyai.

Aku bawa payung
Kau?
Tak ada kan?
Mari sini
kita kongsi
Jangan-lah
jadi bodoh
Oi...
Jangan sombong
Nanti kau basah
sakit
demam
kau yang susah.

Puisi rindu selepas berbuka

.

Tuesday, August 17, 2010

Teman....

Disaat hati berbilau dalam kelantangan taufan,
kalian hadir menghadiahkan ketenangan...

Disaat perasaan bergolak di antara persimpangan jalan terus atau berliku ,
kalian hadir menunjukkan arah tuju...

Diketika diri ini seolah hanyut dipukul ombak deras,
kalian menghulurkan tangan, melapah hati yang keras...

Disaat aku hilang...
Kalian terus memberi peransang....

Syukur ku pada tuhan,
kalian sebagai pendamping...

sebagai teman....

Homeless to Heaven

Satu hari pada pukul satu empat puluh lima petang

Aku menuju ke lorongan gelap menghisap rokok seorang diri

Dan bila sampai saja di lorongan itu aku lihat ada seekor anjing yang seronok menyuapkan nasi bergulai rendang ke mulutnya bersama juga dengan seekor kucing melampiaskan dahaganya dengan air sirap berwarna hijau.

Aku berkata kepada anjing itu
'Anjing selepas habis makan nanti kau ada rokok'
Anjing itu berkata dengan sayu
'There is no room'
Dan aku menjawab
''You are out of luck'

Dan selang beberapa saat kemudian seekor kucing menyampuk sambil menggerakkan ekor belakangnya

'No space to rent in this town fella and the reason that you had to care'

Dan kemudian aku menghulurkan sebatang rokok murah kepada anjing dan kucing

Mereka menghisap denngan muka gembira sambil mengeluarkan asap berbentuk rumah terbang tinggi tidak ditelan angin sebagai wahyu kepada tuhan


Bersambung...


U2 - Beautiful Day
'

Puisi cinta sebelum berbuka

.

Seloka Puasa

Bila iman digegarkan dengan suara perempuan,
aku tak tertawan...
Bila mata dipancarkan permandangan kemungkaran,
aku tak hairan...
Biar kari kepala ikan mahupun tebu ais kurang,
aku tak terhiraukan...

Tapi...

Bila rongga menggeletek minta digaru minta dinikmatkan...

Arghhhhh..

itu bisa membawa kehancuran!!

Monday, August 16, 2010

Materalisme Dialektis

Ada efeksi pada siang imaginasi ilusi..
afeksi kepadanya yang tak tercapai..
status kejiwaan ini menjadi sepi..
hasilkan pengaruh eksternal sendiri..

kacau..

sesak mindaku hasilkan filsafat unik..
segala olahan jiwa membentang ke bumi..
punah segala hasil fenomena reflesk..
aku hanya mampu berdiri..

sungguh kacau...

Picture of You

.

Sunday, August 15, 2010

W.I.S.H.L.I.S.T.

Bulan puasa
tahun lalu
aku tunggu
kau datang
tapi kau
tidak muncul
jadi ini
aku tulis
senarai panjang
mahu aku
sebagai ganti
juadah berbuka
kita berdua.

Tidak banyak
cuma mahu
supaya kita
dapat jumpa
buka puasa
sama sama
atas meja
semua ada
kuih karipap
ayam percik
sirap bandung
murtabak daging
bubur lambuk
puding jagung
cucur keria
laksa asam
ais kacang
aku suap
kau jamah.

Jadi gantinya
tahun ini
aku siap
beli semua
buat kita
berbuka sama
cuma tapinya


...kau tiada.

Saturday, August 14, 2010

Selfish.


"Bagaimana kalau aku mati sekarang ?"

Soalan trick.
Aku cuma senyum.

"Baguslah," kataku.

Aku dapat lihat dahimu berkerut
Pantas aku menjawab,

"Sekurang-kurangnya aku tahu,
aku perempuan terakhir di hatimu,"


.

Thursday, August 12, 2010

And I Love Her*

Saya perempuan merantau,
yang mengabdi kepada dunia,
demi melawan nasib.

Saya perempuan merantau,
yang setia menunggu,
setiap Jumaat datang.

Saya sebenarnya,

perempuan merantau,
yang selalu rindukan air tangan emak.

*John Lennon, Paul McCartney
**Selamat Berpuasa sebulan :)

Wednesday, August 11, 2010

Bibir seksi siapakah?

Aku rase...
Aberada di tengah tengah bukit yang tinggi..
Ader awan gelap mengelilingi..
Tenggelam segenap mentari...
Aku lihat kabus hitam melewati, Melawati?..
Ke kanan kejap...dan pastu ke kiri...
Aku amati....perhati...
Ya! Itu petanda bencana bakal terjadi..
Lalu aku berlari..


Lalu..
Terserempak sang merpati..
Hati pingin terbang jauh ke langit tinggi..
Pingin hirup udara pagi..
Di negeri yang asing tak siapa mengenali diri...

Disitu...
Aku bebas menjadi ini dan itu..
Bebas meneroka dunia yang baru..
Bebas menerjah lautan membiru...
Menerjah awan.. juga warna biru...
Bebas berkanta mata biru..
Aik?

Then,
ok... juga berspeaking haru-biru..
Aku pingin memetik bintang dengan jari kaki..
Dimana kau bersama aku..
Kita bermain terajang-terajang kaki....
Aku tolak kepala kau...
Kau smack down pinggang aku...
Kamudian kita diam terkaku...
Oh....sudah lelap permata hatiku...

Impian ini bukan hanya satu...
List die beribu batu...
Nak jadi tu..jadi ni..
Buat tu..buat ni...
Cuba tu..cuba ni...
Dapat tu...dapat ni...

Aku menunggu....
Saat buat aku..
Bilamasa kejayaan seterusnya menyapa aku...
Bilamasa senyuman terindah sekali lagi terukir di bibir mereka itu..
Dan bibir kamu..
Dan bibir seksi aku..


Jap..jap..

Apakah '' dan dibibir seksi aku.." ???


Haktuii..

Tuesday, August 10, 2010

Izinkan Aku

Ya Allah,
Tolong benarkan aku menangis
Bukan kerana aku tidak redha
Tapi kenyataan yang amat menyakitkan.

Monday, August 9, 2010

fairytale.

What is a fairytale?
A Knight in shining armor
courageously riding his white horse
waiting to rescue a princess



...but then the princess refused to be rescued.

Why dear?

-Sadis

gossips

she said you said
Yang aku hanya mainanmu.

She said you said
Yang aku ni membosankan.

She said you said
Yang Aku memang begitu

She said you said
Yang aku tidak seindah dulu

She said you said
Yang aku ibarat kayu

Wanna know what i've said bout you?
FUCK YOU!

puisi PMR

hingusan lapan hari bulan lapan dua ribu lapan

Lapan detik
meronta menanti
kelibat indahmu.

Tergamit nostalgia
menikam jiwa
Ku seka air mata.

Konklusi
mengapa begini?
bagaimana terjadi?

*segan*

Thursday, August 5, 2010

Mungkin berundur

Mungkin aku sekadar kaca
Jadi aku bukan pilihan utama
.

Tapi kau perlu tahu


Walau kaca namun berharga

Tetap menjadi jendela di istana
.

Straight to the point

You said my poetry was vague
So I'll write something direct
FUCK YOU!!


*this isn't directed to anybody in particular. Just thought I'd used this if needed to. If you want, you could use it too, just ask me nicely. ;)

Right? Wrong?

The system is right
Absolutely right
RIGHT! RIGHT! RIGHT!
Right?

No?
Then why are we the ones
suffering for their faults?

The system must be right then
I am a failure
There's only two sides to a coin
My fault or your fault

So kill me now
Do me and yourself a favour
And rid this world of this thrash

Because cowards will never kill themselves.

Monday, August 2, 2010

Persepsi Insepsi terhadap Puisi

i. kau langgar peraturan tatabahasa seperti membengkokkan hukum fizik.


ii. kau mempersonifikasi perkara yang mustahil dilakukan dalam realiti.


iii. terhasilnya puisi kau dari idea yang dikembangkan.


iv. setelah ditulis, puisi kau mampu dibaca berulang-ulang-ulang-ulang kali.


puisi ibarat mimpi.
periksa totem kau.

Hitam Putih

mari kita kembali ke zaman hitam putih.

hitam putih bukan hanya untuk tahi cicak.

bila mana sebatang pensil karbon hitam mahupun pena berdakwat hitam ditulis di atas kertas putih maka hanya ada hitam putih.

siapa kata hitam putih tidak chantek.

karya filem P.Ramlee masih sedap mata memandang walaupun di dalam wayang hitam putih.

bahkan nama bapa seniman agung itu sendiri pun 'Puteh'. Teuku Nyak Puteh.

orang yang berkulit hitam manis itu chantek juga dilihat.

orang yang berkulit putih melepak tidak kurang chanteknya.

putih chantek berseri.

hitam chantek bergaya.

bukan mahu menidakkan kepelbagaian warna tapi hanya mahu mengingatkan kewujudan hitam putih itu sahaja supaya ianya tidak dipinggirkan.

mari kita kembali ke zaman hitam putih.

aku kini dalam hitam putih.