Thursday, August 26, 2010

Kita Berbeza Pendapat Hanya Kerana Aku...

Ini amuk dalam jiwa
Ada kecewa dalam rasa


Nafas aku seolah terkandas

Cetek benar otak-otak yang berfikir

Marah bila dikata tidak maju
Melenting bila dikata malas
Meraung meludah bila ditindas
Tapi tak berganjak merentas perubahan
Ini Melayu?

Enak bermain kata
Enak memberi makna
Enak menabur janji dusta
Ini dunia Melayu
Sinonim dengan sub-sidi
Pijak semut pun tak mati
1 Malaysia cuba direaliti
Tapi Melayu bertikam sesama sendiri
Ini Melayu?

Cina kaya
Melayu biasa-biasa
Mula tercetus perang bangsa
Melayu gaduh Cina gembira
Kerana tak lama lagi
Malaysia mereka punya
Bukalah mata bukalah minda
Apa guna bersengketa
Kita masih pijak pada tanah yang sama

Rasa aku ini
Pasti ada yang sangsi
Tapi aku tak peduli
Kita sering berbeza pendapat
Hanya kerana aku

Melayu minoriti.

1 comment:

  1. memang kita dalam dilemma, tapi ramai je melayu yang berjaya, mari kita ambil iktibar dari yang berjaya itu. bagus d. tahniah.;P

    ReplyDelete