Sunday, August 15, 2010

W.I.S.H.L.I.S.T.

Bulan puasa
tahun lalu
aku tunggu
kau datang
tapi kau
tidak muncul
jadi ini
aku tulis
senarai panjang
mahu aku
sebagai ganti
juadah berbuka
kita berdua.

Tidak banyak
cuma mahu
supaya kita
dapat jumpa
buka puasa
sama sama
atas meja
semua ada
kuih karipap
ayam percik
sirap bandung
murtabak daging
bubur lambuk
puding jagung
cucur keria
laksa asam
ais kacang
aku suap
kau jamah.

Jadi gantinya
tahun ini
aku siap
beli semua
buat kita
berbuka sama
cuma tapinya


...kau tiada.

8 comments:

  1. alamak..
    aku turut sedih
    dia tiada
    dan kau sendiri
    merasa yang tiada rasa
    aku fikir..
    dia berbuka di masjid
    gamaknya..

    *hahahaha....jgn marah...

    ReplyDelete
  2. Takpe, aku berbuka with you. :)

    ReplyDelete
  3. khuz: TQ... =)

    shemmi: tak marah la... dia yg tiada tu arwah abah sy... this is the 2nd year abah tak ada dengan kami... rindu dia...

    cheqkam: haha... tu semua favourite abah, wajib ada kalau time berbuka... =)

    john: okey, jom... *ko puasa la dulu, kalau tak puasa camne nak berbuka sama-sama? hehe... XD

    ReplyDelete
  4. Af...thanks atas keharuan itu... =)

    ReplyDelete
  5. owh....terharu pulak rasa..maaf..

    ReplyDelete