Saturday, October 31, 2009

Hai awak..

Hai kawan,
Pinjam mancis,
Saya nak bakar prasangka,
Biar hangus jadi abu,
Boleh?

Hai awak,
Pinjam jarum peniti,
Saya nak cucuk jari dan pipi,
Biar terbukti ini bukan mimpi,
Boleh?

Hai awak,
Pinjam sedikit syiling,
Saya mahu ke vending machine,
Mahu beli ribena,
Boleh?

Hai lagi awak dan ini terakhir,
Pinjam rm 7.10,
Saya nak makan,
Boleh?

Kalau semua boleh,
Bungkus semua sekali dalam satu sampulan,
Salotep kemas-kemas,
Dan campak ke Tasik Laici,
Saya ingin menyelam mencarinya..

Ops,
Sebelum itu,
Hai awak,
Pinjam internal hard disk,
Dan yang ini,
Jangan campak dalam Tasik Laici ya,
Taku-takut rosak berkarat,
Awak pegang dan simpan,
Nanti saya timbul dari tasik,
Awak hulurkan pada saya,
Boleh?

4 comments:

  1. datang singgah nak senyum2 kat sini.
    comel
    =)

    ReplyDelete
  2. comel?
    semua yang komen kat blog, kebanyakan kata comel.aku pun tak tahu mana datang comel tuh. ahahaha. apa2 pun, terima kasih ya.

    ReplyDelete