Thursday, September 30, 2010

Mudah.com

Beh, I think u should find someone better than me
I dah tak sanggup terus tipu you
you terlalu baek untuk I
I jahat
You deserved someone better than me
lagipon KITA takde masa depan
baek you sakit sekarang dari sakit ke depan
Maaf


Tipu??Kenapa Tipu??


I jahat kat sini
I dah tak sanggup tipu you lagi beh



Maksud kamu, kamu ada orang lain kat sana??
Takpe, jujurkan saja
saya tak marah


A'ah
Lebih kurang macam tu lah
I dah tak sanggup tipu you lagi
you patut cari someone yang terbaek untuk you
bukan lelaki macam I



Oh.
Takpelah macam tu
Tak plak saya terpikir kamu akan ada orang lain lagi
Tapi ada lagi
takpe, saya tak marah
saya redha


I really sorry you



Its okey
Semoga kamu bahagia



kisah cinta aku berakhir di sini
di skrin handphone nokia cap ayam
ya
di situ
.........................................................................................................................................................................


mudah
sangat mudah
manusia zaman facebook zaman twitter
memang gemarkan segala perkara mudah
mudah dan mudah
sama seperti mencari housemates di mudah.com



mudah hati dibeli
mudah cinta dibina
mudah juga hati dipatah
jiwa dijahanam



kau bangsa hebat
si pengluka penuh kata manis
muka kesian


kali ini
aku nekad
kau aku lepas sebetul-betulnya lepas
semoga bahagia




Penulis tak punya air mata lagi
hati terlalu jahanam
untuk kisah cinta 5 tahun
yang tak pernah henti menusuk hati dengan segala kelukaan


pergi AJIE
kali ini aku redha dengan sebetul-betulnya


Terima kasih Tuhan

Wednesday, September 29, 2010

daerah yang kami cinta

daerah yang kami cinta.

beri kami peluang
untuk kenal
daerah ini

maaflah jika
tulisan picis
seperti kami
menjadi ganguan
kehidupan realiti

itupun
jika benarlah
daerah yang kami cinta ini
hak milik kalian.
kami susun sepuluh jari

-sadis

berkenaan dengan : http://www.ammosham.com/2010/09/membaca-sajak.html

Nota layang 1

"dan kita tak akan mampu bentukkan teori untuk cinta. tak akan."

Beri Peluang

Syukur pada Tuhan
dia mahu ubah diri
so yang lain tak perlulah perli-perli
apa diri sudah jadi yang paling suci?
sibuk nak judge orang sesuka hati.

Monday, September 27, 2010

Kita Tetap Kita

biar apa orang kata.
kita tetap kita
seadanya kita
macam ni saja.

mereka rosakkan kita
kita tangkis bersama
biar musnah tembok China
jangan sampai kita turut juga.

sakit hati, dendam itulah angkara
biasa bagi mahkluk yang bernama manusia
cuma diharapkan kita diam sahaja
kerana kita tahu itu bukan kita.

-sayam-

Sunday, September 26, 2010

S.U.F.F.O.C.A.T.E.D.

Aku ini penat
Aku ini letih sudah
Tiap kali kau hampir
Tak ada senyum yang kau ukir
Tiap kali kita bicara
Tak ada kisah yang buat aku ketawa
Memikirkan hal kita
buat aku rasa lelah
Bukan niat aku mengatakan kau salah
tapi bila kau buat tak kisah
aku pun rasa menyampah.

Last sekali
I give up
I'm all exhausted
Why am I the only one
to be there for you at all times?
Where were you when I cried?
What did you do when I needed you?

N.o.t.h.i.n.g.

Sudah-lah
Kau buat aku rasa lemas
Tak cukup udara
untuk aku bernafas
Beri aku sedikit ruang
biar kita jauh sejarak
Supaya kau terbiasa
hidup tanpa aku
bila nanti aku ber-keputusan
kau perlu aku tinggalkan.

Epilog Asmara Palsu

perbualan si teruna dan si dara
cuma sekadar justifikasi imbal balik,

bila si dara berdiam
si teruna hilang bicara,

kala si dara bermanja
si teruna naik nafsunya.

cinta syaitan 2.

bila alat kemaluan penat berlaga
bila kesedapan tamat tempohnya

ha,

baru saya ingat keluarga
baru saya menyesal tak terhingga.

-sadis

(hehe, balasan untuk entry di bawah. =] terasa lebih ukhuwah pula balas-balas puisi ni .haha)

Mawar

Setiap hari
aku berlari
aku mencari
mawar berduri.

Aku petik
aku hidu
aku senang
hati mekar.

Cinta Syaitan


tinggal keluarga buang saudara,
hanyut dengan syaitan durjana,
lupa dunia yang di sana,
kelak bakal diseksa akibat derhaka keluarga.

-sayam-

nota kaki lima: baru lepas baca surat khabar pasal anak lari ikut kekasih

Tangis ia.

Kan kau sudah diberi mandat,
Kau jagalah dia rapat-rapat,
Kau peluklah dia erat-erat,
Kau ikatlah dia ketat-ketat,

Airmatanya janganlah dipaksa keluar,
Didalamnya janganlah kau biar calar-balar,
Kepalanya janganlah kau bagi berakar
Kasihnya janganlah kau campak ke belukar
Diakan kau punya wanita

Aku kasihan
Aku terkilan

Cinta belum hadir

12 tahun jurang tercipta
samada aku atau kau yang terlupa
apa yang terjadi pada zaman kecil kita

kau disayangi (lebih)
aku sikit pun tak peduli
waktu itu aku tak pandai ambil hati
so, apa yang jadi aku buat tak reti

time goes by
aku sudah pandai menilai
pelan-pelan hati aku berderai

aku bawa diri
memang aku terasa hati
5-6 tahun aku lari dari daerah ini
semata-mata tak mahu ada benci
dan sekarang
aku kembali
cinta belum ada dalam hati
aku lebih selesa diamkan diri
aku cuma mohon kau mengerti
mungkin aku perlu masa sedikit lagi.





long, aku bukan benci kau, cuma aku tak tau macam mana nak sayang kau.

Saturday, September 25, 2010

Tak Tau

I guess I guess
I think I think
Well, at least I’m still thinking
So stop yelling at me
I won’t know until I know
and you won’t know either

Puisi cinta 4.04am

.

Irama Itu

Kusorong telinga
mengamati irama itu
aku kenal
tapi aku lupa.


Kukerah akalku
berputar kotak memoriku
ligat sekali.


Ah! 
pening.


"Cik,itu irama Fur Elise."
"Oh,terima kasih."
"Sama-sama."


Aku berpaling,
mencari kelibat dia
yang bisa mendengar akalku.


"Cik,aiskrim."
"Kau?"
"Ya,saya."
"Bagaimana kau tahu?"
"Kerna aku juga seperti kamu."
Tersenyum.

Friday, September 24, 2010

Hakikat Seorang Aku

Sendiri aku berteman sepi
yang sentiasa ada di sisi kananku.


Bukan aku terlalu berlembut
cuma itu adalah aku
tidak suka orang terluka
kerana aku punya memori itu.


Aku bukan siapa-siapa
untuk peroleh apa-apa
walau hanya sisa yang membasi.


Aku sang kelabu
yang pudar warnanya
tiada seri katamu.


Pingin juga aku menjadi sang bulan
walau hakikatnya tidaklah cantik
tapi cahayanya menutup kekurangan.

Mensyukuri

Basah petang tadi masih belum kering
bilik kecil ini seakan tak mampu hidup
sejuknya terasa menikam tulang-temulang
dalam selimut selesa melingkar lena
semut-semut berkawad di atas dinding.

Hujan petang tadi sudah berhenti
namun pelangi yang kunanti masih tersipu
bergulung di sebalik awan hitam tinggi
mengharap panggilan daripadaku.

Jendela bilik sengaja kubiar tertutup
lalu aku sendirian cuma berbaring lesu
menyala puntung rokok menyedut asapnya
merasa sisa-sisa bosan yang bertamu
menjenguk kembali gerbang silam
kemudian tersengih senyum sendiri.

Rupanya, aku masih bernyawa.

pagi pagi begini.

apa lagi yang paling aku cinta
sebalik sinar duha
selain sekeping roti canai
dan teh ais tak cukup gula.

-sadis


mode : ke tanah arab.

Tersipu-sipu

Rasa...ingin bersahabat
tapi
malu
bila
fikirkan wajah yang tak sekerabat

Rasa...ingin kenali
tapi
geli
bila
lihat tercermin wajah sendiri

K.A.T.A. K.A.U.

Bila aku ketawa
Kau kata aku lupa dunia
Bila aku nangis
Kau kata aku tak kental, hati nipis
Bila aku rindu
Kau marah aku asyik teringat kau selalu
Bila aku cinta
Kau kata jangan nak mengada-ngada

Tapi bila kau ketawa
Aku ikut ketawa sama
Bila kau nangis
Aku belanja kuih kesukaan kau, kuih lapis
Bila kau rindu
Aku kata sebut-lah nama aku selalu
Bila kau cinta

Tak pernah pula aku mendengarnya.
Selama ini hanya aku saja.

Ah...
#%%*%!#*% kau!

Datanglah Mentari

Kaki terus mengorak langkah
walau hakikatnya kepompong masih keras membeku
kerna kupasti
ada mentari bakal datang
mencairkan yang keras
menyelamatkan yang terkurung.

Lari Rumah

Bila ternyata mudah-mudah
Boleh masuk akhbar dan majalah
Orang tua pun takkan marah
Biar maruah diri hilang sudah
Apa salahnya kami lari rumah.

Cium.

Janggan pernah ada ciuman di bibirmu.Kecuali yang sensasi hanggat.

Thursday, September 23, 2010

Kata orang

asal dikeluar sedikit gurau kasar
dikata
itu kurang ajar

dikarang sedikit kata-kata
diumpat
"itulah dia si taman bunga"

sumpah!
tergelak besar.
Kan sudah kata
"biasalah,manusia "


:)



P/s: tangan kerdil yang baru mencuba di rumah agam ini :)

Dua

mengetis sisa-sisa luka,
dalam sebotol kaca yang berdinding legap.
ditutup mati, supaya tak tertumpah di mana-mana.
kemudian layarkan sahaja ia
di atas kapal kertas kecil,
yang sesaat lagi akan ditimbus ombak.

karam, entah di mana.
senang.
..

(bila engkau sudah terlalu penat, biarkan saja sehingga sendiri terlupa.)

sebelum enam bulan dulu.

sebelum,
enam bulan dulu,
kita bergelak ketawa,
kita balik bersama,

sebelum,
enam bulan dulu,
kita digosip bersama,
kita dicap kekasih mesra,
ah, persetan, kita kekal selamba!

sebelum,
enam bulan dulu,
kita masih kawan,
segala cerita kita kongsikan,
tiada rahsia walaupun sekecil kuman,

sebelum,
enam bulan dulu,
gara gara silapnya aku,
kita tak bertegur sapa,
habis sudah gelak ketawa,
tiada sudah teman tapi mesra,

dan,
sekeliling bertanya,
apa sudah jadi dengan kita?

aku hanya mampu senyum,

dan melayan,
berdarahnya hati,
sengsaranya jiwa,

ah,
andai mampu kupusing masa,
akan kuubah fakta,

biar derita ini sirna,
dan kita masih kawan.
selama lamanya.


p/s dapat jugak ditemui puisi ni dekat blog aku, paragonrasa.

Wednesday, September 22, 2010

Puisi cinta 11.48pm

.

kanak-kanak itu dan kucingnya






semalam
aku selak-selak
aku belek-belek
di celahan kitab usang
di bawah laci katil jati
aku jumpa ini

kertas lusuh terlipat dua
rakaman kanak-kanak
tentang kucingnya
yang nama melah

terlihat itu aku tergelak
tapi sejurus terus diam
dari diam perlahan jadi hiba
teringatkan melah
yang dah lama tiada

ya benar tekaan kamu
akulah kanak-kanak itu
melah kucing kesayangan ku
betapa aku rindukan dia
teman terbaik saat;
sepi gundah riang tawa ku

namun sudah begitu takdir nya
apa lagi nak ku sanggah
melah hilang tak kembali
menangis aku berhari-hari
sambil berdoa; "melah nanti kau balik ya"
jenuh aku tunggu,
tapi hampa

sekurun kenangan berlalu

kertas lusuh kulipat semula
dan dengan hujung lengan baju
aku kesat air mata.






Monday, September 20, 2010

Hanyut

Aku hanyut
dalam indahnya bahasa
asyiknya dengan lenggok cerita
benar
ia pendamai lara
pengubat setiap inci sakitnya jiwa
menjadi inspirasi kapada mereka-mereka
yang telah lama mati rasa

hanyut dengan duniamu
membawa aku keluar mengenal Tuhanku
hanyut dengan keindahanmu
memberi peluang mengenal sisi buruk duniaku

aku semakin gila
gila memberi inspirasi
gila memotivasi
gila mengeluarkan rasa hati
gila membuat puisi berguni-guni

gila aku kadang-kadang
menyakitkan hati yang membaca
semua rasa yang menyesakkan dada
aku hambur pada kanvas maya
hingga kadang-kadang terlupa
ada hati yang terasa.

Sunday, September 19, 2010

SADIS 4

aku cintakan kau;
cuma kata kata
kosong, tanpa pengertian;
ketika serakah nafsu,
dan bisikan syaitan;
jadi tuhan,
dalam badan

duit kopi

(salam untuk semua.puisi pertama dari lara untuk puisipantaspendek.
terimakasih untuk encik stam sekali lagi.silakan tunjuk ajar)

kau jadi lupa
kau jadi buta
lebih dari tu kau pura-pura
dengan duit kopi kau isi tembolok anak bini

wahai
malaikat pun menjauh
dengan tuhan jadi saksi
sekarang kau mungkin ketawa
duit kopiku!
duit kopi ku juta-juta!
ha!ha!ha!

tapi
percayalah wahai hamba tuhan
di hujung-hujungnya
akan ada resah yang mendesah
akan ada sesal yang tak sudah
saat itu saat kau rebah
saat kau hilang maruah

kembali depan tuhan
duit kopi kau akan berhujah
oh!
duit kopi kau pula yang ketawa,
ketawakan kau,
yang dulu selalu lupa,
pura-pura buta.

lalu dibicara itu
kau pun kalah
maaf,mahkamah rayuan telah ditutup
tarikh akhir sebelum ajal
tapi kau pula buat tak endah

dan anak bini mu?
wahai abang mengapa harus begini?
wahai ayah tak sayang kah pada kami?

hilang sudah tawa,
lalu kau pun menangis.

Seakan Tidak Layak

Bertemu kamu

Satu anugerah

Yang aku tafsirkan

Sebagai yang terindah

Sejauh mana hatimu

Aku tak pernah tahu

Bertentangan mata

Itu tak pernah berlaku

Kerana perkenalan kita

Bukan dari bersalaman asasnya

Aku jadi peduli

Apa tanggapanmu terhadap aku

Seperti diturunkan untuk aku

Membimbing sejauh mana

Yang aku pernah terlanjur

Malu

Seakan tidak layak

Namakan aku sebagai sahabat