Friday, September 24, 2010

Hakikat Seorang Aku

Sendiri aku berteman sepi
yang sentiasa ada di sisi kananku.


Bukan aku terlalu berlembut
cuma itu adalah aku
tidak suka orang terluka
kerana aku punya memori itu.


Aku bukan siapa-siapa
untuk peroleh apa-apa
walau hanya sisa yang membasi.


Aku sang kelabu
yang pudar warnanya
tiada seri katamu.


Pingin juga aku menjadi sang bulan
walau hakikatnya tidaklah cantik
tapi cahayanya menutup kekurangan.

2 comments: