semalam
aku selak-selak
aku belek-belek
di celahan kitab usang
di bawah laci katil jati
aku jumpa ini
kertas lusuh terlipat dua
rakaman kanak-kanak
tentang kucingnya
yang nama melah
terlihat itu aku tergelak
tapi sejurus terus diam
dari diam perlahan jadi hiba
teringatkan melah
yang dah lama tiada
ya benar tekaan kamu
akulah kanak-kanak itu
melah kucing kesayangan ku
betapa aku rindukan dia
teman terbaik saat;
sepi gundah riang tawa ku
namun sudah begitu takdir nya
apa lagi nak ku sanggah
melah hilang tak kembali
menangis aku berhari-hari
sambil berdoa; "melah nanti kau balik ya"
jenuh aku tunggu,tapi hampa
sekurun kenangan berlalu
kertas lusuh kulipat semula
dan dengan hujung lengan baju
aku kesat air mata.
hm. ada penggantinya?
ReplyDeleteada..anak melah.just like her tapi jantan.satu2 nya yang hidup selepas 6 kelahiran dengan berpuluh2 anak kecil yang lain.tapi semua mati tak pun hilang diambil orang.dan dialah satu2 nya yang menyerupai melah; bulunya hitam putih.ekor yang pendek macam melah juga dengan mata yang cemerlang.cuma warnanya oren.melah bermata hijau.dilahirkan tepat 4 bulan sebelum melah hilang dari pandangan dan tak kembali.
ReplyDeletenamanya ya, 'anak melah'.
namun melah tetap istimewa.takkan ada yang boleh jadi penggantinya di hati lara.
hehe, impaknya besar si melah tu ye, huhu.
ReplyDeletesudah pasti.
ReplyDeletei know how it feels, gal... cats really give that big impact in our lives... even aku pun nangis seminggu macam mati laki bila kucing yg memang dah aku anggap mcm adik bongsu (sebab membesar sama2 sampai umur dia 13 tahun) mati sebab sakit tua... ish3... trust me, i understand you, lara_nur...
ReplyDeletethanks.susah nak cari yang boleh faham bila mana haiwan di anggap teman sejiwa.macam manusia lagak nya kau layan dia.tapi dia kucing la!
ReplyDeletecliche.suka hati aku la nak layan dia macam mana.betul tak?