Sunday, September 26, 2010

Cinta belum hadir

12 tahun jurang tercipta
samada aku atau kau yang terlupa
apa yang terjadi pada zaman kecil kita

kau disayangi (lebih)
aku sikit pun tak peduli
waktu itu aku tak pandai ambil hati
so, apa yang jadi aku buat tak reti

time goes by
aku sudah pandai menilai
pelan-pelan hati aku berderai

aku bawa diri
memang aku terasa hati
5-6 tahun aku lari dari daerah ini
semata-mata tak mahu ada benci
dan sekarang
aku kembali
cinta belum ada dalam hati
aku lebih selesa diamkan diri
aku cuma mohon kau mengerti
mungkin aku perlu masa sedikit lagi.





long, aku bukan benci kau, cuma aku tak tau macam mana nak sayang kau.

1 comment:

  1. urmm..
    lebih 20 tahun aku hidup di dunia ini,
    boleh aku kira sentuhan kasih sayangmu,
    oh wait,
    adakah?
    yang daku ingat hanya mak, mak, mak...
    jika ditakdirkan aku yatim,
    adakah butir tangis akan mengalir untukmu?

    ReplyDelete