aku watak jahat
sentiasa antagonis sifatnya untuk sekalian pemilik hati baek
kering
kontang
kejam
penuh penipuan
hanya kerana sebuah senyuman kebahagian
hey
bukan untuk aku
tapi senyuman yang terukir di bibir kamu dan kamu dan kamu
terpaksa aku menipu
membelit lidah
menyimpul kata
memenjarakan segala riak muka
agar kamu dan kamu dan kamu
tak dapat merasa
tak bisa melihat
aku yang sedang senak sesak dengan pelbagai perkara
hati yang kian rabak dek pelbagai mainan rasa
aku mahu kamu kamu dan kamu terus tersenyum gembira
tak perlu sakit berduka
aku dah penat menjadi diri yang lansung tak aku gemar untuk berdiri
apatah lagi mengakui dengan berani hebatnya diri
hey
di sini dulu
aku LEPASKAN semua pergi
bebaslah
terbanglah
menghilanglah
aku tak punya apa
No comments:
Post a Comment