Thursday, September 23, 2010

sebelum enam bulan dulu.

sebelum,
enam bulan dulu,
kita bergelak ketawa,
kita balik bersama,

sebelum,
enam bulan dulu,
kita digosip bersama,
kita dicap kekasih mesra,
ah, persetan, kita kekal selamba!

sebelum,
enam bulan dulu,
kita masih kawan,
segala cerita kita kongsikan,
tiada rahsia walaupun sekecil kuman,

sebelum,
enam bulan dulu,
gara gara silapnya aku,
kita tak bertegur sapa,
habis sudah gelak ketawa,
tiada sudah teman tapi mesra,

dan,
sekeliling bertanya,
apa sudah jadi dengan kita?

aku hanya mampu senyum,

dan melayan,
berdarahnya hati,
sengsaranya jiwa,

ah,
andai mampu kupusing masa,
akan kuubah fakta,

biar derita ini sirna,
dan kita masih kawan.
selama lamanya.


p/s dapat jugak ditemui puisi ni dekat blog aku, paragonrasa.

19 comments:

  1. puisi dalam ni byk kaitan dgn apa yg wa lalui hari2..adakah kta saling knal?

    ReplyDelete
  2. dan tetibe aku tringat tentang dulu2.
    gila arrh cite cam nak sama je.

    dan,
    sekeliling bertanya,
    apa sudah jadi dengan kita?

    been asked the same question.
    aku pun cuma senyum..
    yg xsama cuma..smp skrg aku xtau
    apa puncanya.

    ReplyDelete
  3. cleo, lu tinggal kat mana? ada kemungkinan kita kenal. haha.

    didi, hm. cuba cari tahu puncanya. hoho. ouh, ni, karya kita sama coraknya ke? hoho.

    ReplyDelete
  4. argh...shit!
    teringat kisah dulu2 pulak!
    menyentuh jiwa kot!
    aku paham.

    ReplyDelete
  5. dah lama cari tau punca.
    tapi xtau gak...
    bila dah lama..dia kata,
    "ala cite lama.xyah la nk ingt lg" huhu

    ReplyDelete
  6. didi :

    maybe he/she loves you
    tp sbb tk nk rosakkan persahabatan lu org berdua, dia sepikan dirri

    sbb if brdpn dgn lu, dia sakit..sakit sbb tk dpt luah how much he /she loves you

    ReplyDelete
  7. adam. gud lah kau paham. huhu.

    didi. so lupakanlah. haha. takpun dengar cakap cleo. hehe.

    ReplyDelete
  8. ntah laa..
    gua pun xtau apa puncanya.
    dia buat camni lagi rosak persahabatan.
    mayb jugak sbb kitorg rapat terlalu cepat.
    pastu tetiba dia xsure kot ngan status kitorg.
    lelaki mmg camtu eh?
    hahaha

    ReplyDelete
  9. haha. pernah kecewa barangkali dia tu. sebab tu gelabah. terangkan jelah mana yang perlu. berterus terang. tegak je.

    ReplyDelete
  10. I'M IN THE EXACT SITUATION, MEMBUATKAN PUISI NI SANGAT FREAKY! SAMA ENAM BULAN LEPAS JUGAK PULAK TU! :O

    thanks for this :')

    ReplyDelete
  11. yeke? tak sangka pula. huhu.

    apa pun. sama sama (:

    ReplyDelete
  12. sastraboy: ko dah membuatkan ramai org terkenang kisah masing2...hehe

    ReplyDelete
  13. didi : semuanya tak sengaja. hm. ini bagus ke tidak eh? adoi.

    ReplyDelete
  14. xde salahnye..lex arr
    sume org ade cerita masing2.
    ada yg sama ngan kite ada yg tak =)

    ReplyDelete
  15. keh.

    pelik, aku pun sama.

    cislaka!

    ReplyDelete
  16. woho, dah boleh buat sesi mengenang masa silam dah ni.

    ReplyDelete
  17. haha... malangnya aku je xde relation dgn kisah ni... alhamdulillah, masih kekal berbahagia sampai sekarang... cewahh!

    ~ err...tapi kronologi kisah ni mmg banyak terjadi... friendship betrayal sucks...!

    ReplyDelete