Tuesday, November 30, 2010

Memorial di Hundred Years Lane

Nyalakan
Rokokmu
Itu
Dengan
Nyawamu

Dan
Kemudian
Biarkan
Ia
Terbakar
Seperti
Matahari
Malam
Yang
Berbau
Darah

Not So Long Time Ago

It wasn’t raining since yesterday,
but the children keep on living,
even the teachers can understand,
how old the books and the pencils are.

Oh yes, it’s not so long time ago,
since their parents bought it for ‘em,
they barely have enough food,
to feed their own mouth along,
with couple of old goat or cow.

Yet they still in the same classroom,
big enough to support twenty students,
the dusty chairs and crooked ceilings,
it’s a normal school day after all.

TATAP..

aku tatap kamu dari belakang
ya, kamu kini berada di depanku
jauh di depan ku
takkan menoleh lagi kepadaku seperti dulu
tak apa, aku sudah biasa
tak akan aku meminta

tapi, kamu pernah di belakangku
menatapku
aku senang mendengarnya..
tanpa ada apa-apa
tapi itu sudah berlalu

sekarang aku yang begitu..
 

pada hangatnya matahari yang mencium pipi

dengarkan angin itu
membisik sayu senandung cinta
pada hangatnya matahari yang mencium pipi
telah tersenyum dan berlalu pergi
tiga musim pelangi waktu ia kembali

tiga musim pelangi waktu aku menanti
tabah memupuk membaja rindu
pada dingin bulan aku mengadu lelah
malam malam aku sendiri
rindu ku baja tak mungkin berbuah

matahari itu
si jalang bedebah!






*puisi hujung november dalam mengenang yang pernah singgah.
 3 tahun hidupku dikalang kamu.betapa indah.betapa payah.

Monday, November 29, 2010

serigala

serigala dari hutan jiwa sedang
menunggu saat aku tertiarap
--bila rahang masa sedang mencerai sang aku yang tak bersayap.

diratah diludah
dipelanting menyepah
--sezarah tak kurebah menyerah.


tahan. dunia tak akan penat menguji duga.

.

Ada secubit bulan terjatuh di atas riba ku.

Warnanya gelap kemerahan dan langsung tak bercahaya.

Aku ngangakan mulut,
dan hembuskan angin keletihan.

Secubit bintang yang terjatuh di atas riba ku,
aku tampalkan ia di hujung dinding kamar.

Harapnya,
ada secubit lagi bulan akan jatuh pada hari esok,
dan sempat aku gabungkan kesemuanya,
sebelum tiba hari lahir mu.

berguru kepalang ajar.

tenang-tenang si rambut putih,
ditenungnya awan sedang berarak,
kita ini baru bertatih,
maka jangan sekali kita berlagak,

racau-racau si rambut hitam,
suara serak kadang tenggelam,
kalau ilmu sekadar titis di lautan,
malu bertanya, sekali jangan.

p.s- inspirasi entri ini, dari sini. (:

Rindu



Satu hari datang berita

Berita dari langit kata mereka

Dalam cemas aku bertanya

Adakah aku bakal mangsanya

Berita datang bawa gembira

Kalau gembira kenapa ku duka

Hadapan mereka aku berjeda

Konon hidup takkan sengsara

Berita ini kejamkah?

Berita ini baikkah?

Kalau kejam kenapa mereka berwajah indah?

Kalau baik kenapa aku dan mereka terpisah?

Baik sebenarnya, lembut kata hatiku

Ada hikmahnya, misteri kata imanku

Sabar jawabnya, akal mengajar kepada rinduku

Senyum sahaja, teringat aku ilmu dahulu

Moga-moga aku mampu hadapi kehilangan ini

Harap-harap aku boleh melangkah lebih tinggi

Dengan takut,dengan mimpi,dengan cinta dari Illahi.


Rindu
February 2nd, 2006
*dibuat ketika berpisah kejap dengan famili dulu.ketika itu masih belum baligh.haha.

Sunday, November 28, 2010

kesan kisah silam.

.

biar kasihku tebal.
biar sayangku menggunung.
biar cintaku dalam.

tetapi,
andai hatimu ku lukai berulang kali,
aku rela kau pergi.
dari terus disakiti,
oleh aku ini,
yang paranoid menghantui diri.

Jambatan Itu


Malam ini yang panjang
membawa aku larut dalam sudut ingatan
mengenai sebuah jambatan kehidupan
yang menghubungkan watak-watak dalam kenangan

jambatan itu menjadi saksi duka dan tawa
tempat kita berkongsi impian dan harapan
sebuah perjalanan yang mematangkan pemikiran
mengasuh minda mendewasakan keremajaan

namun masa membuat manusia leka
maka jambatan itu menjadi layu
meninggalkan
dan ditinggalkan

aku meneruskan kehidupan seadanya
hanyut dalam desakan arus dunia
tiada lagi pengalaman yang mengasyikkan
berganti hiruk pikuk yang melemaskan
membutakan hati dan pemikiran

namun jambatan itu tidak pernah putus
cuma ia ditinggalkan sepi
mengharapkan kau kembali

dan apabila hadir semula penyeri
jambatan itu tidak lagi sunyi

kesan luka yang tak hilang,

sengaja aku biar darah itu terus mengalir
dari luka tikaman di belakangku

kerana aku tidak berniat untuk sembuh;
dan terus merasa peritnya.

agar aku ingat dan berjaga-jaga
dari tikaman yang sama.

walau cuma luka halus; tetapi dalam.
hasil seni seorang perempuan.

-sadis

.

Terjaga dari mimpi ngeri, lagi.

Rasa mahu mati dan tak mampu bangkit pagi.

Tapi Tuhan masih sayangkan aku,
seorang lelaki yang penuh dengan dosa.

Sebalut ganja ber-tar,
dan terlena dalam mimpi yang berputar.

I'm The Guy From The Sidewalk

I’m not a good speech giver,
but in case you forgot something ;
I can remind you immediately,
even when the clouds are too thick.

I’m not an excellent motivator,
but in case you got secrets to share ;
I could be a loyal listener,
even when all the trusts are shattered.

I’m not a passionate lover,
but if you’re dying to love someone ;
I’ll arrange a pretty typical dinner,
even when peanut butter are gone.

So I’ll just walked by,
passing through your little window,
throwing marble at your desk,
or even make you a sandwich.

Guess I’m not sweet enough, aye?

lumrah

yang benci-benci itu dapat.

















Yang sayang-sayang itu hilang

Saturday, November 27, 2010

Temujanji Aweks Tepi Kolam

sesudah bercumbu
berbalik mimpi
mengajak pulang 
seusai berdarah
muncul dara  berkejaran
sendal pauh terlayang -layang

datang suram
tiba malam
persis rawan mencuri bayangan
leher terkulai disabit bulan
hanya melihat selain buta
terus hilang berbalam kesunyian 


celaka gadis !                                   sambil berkata dibibir puaka

  teratak seni pemula kalam 
  salam puisi buat semua

Friday, November 26, 2010

Bekal Sahabat


hari pertama aku mengirim puisi ke PPP, harap tunjuk ajar:


Kala matahari terik di rantaian awan
Datang sahabat bersila sambil bertanya
Soalan yang sepatut sudah dijangka
"Apakah bekal kau sudah cukup untuk mati?"
"Kerana waktu hampir ke sini"
"ku lihat manusia lain bagai tidak mengerti"
"setengah yang lain masih tercari-cari"
"malah bertengkar apakah perlu bekal itu nanti"

Akal cuba selongkar jawapan
Tidak bersedia diterjah soalan
Walau dengarnya mudah
Tapi hati rasakan susah dan payah
Barulah sedar apa sebenar yang dicari
Ku lihat wajah sahabat tadi
Dan mulai mengerti
Bekal apa yang patut ku bawa nanti

Ku katakan padanya
"Mengapa ditanyakan soal mati"
"Bukankah ia hak Illahi"
"Sudah aku cuba kotakan janji"
"dan rahsia itu untuk Dia hakimi"

"Namun sahabat"
"Satu bekal aku pinta darimu"
"Bila sampai masa aku"
"Saat nanti jasad dan lahad bersatu"
"Cubalah datang temui aku"
"Agar aku tau"
"Kau akan sentiasa mendoakanku"
"Buat penerang ruang kubur sempitku"
"Sebelum dapat kita bertemu"
"Dalam syurga idaman kau dan aku"

Bingkai.

Dalam bingkai itu,
ada cerita
kisah aku
kisah engkau
kisah mereka
kisah kita
tapi satu yang orang tak bisa tahu

dalam bingkai bingkai cerita kita
aku tidak pernah ada

kerana aku, jurugambarnya.
adanya aku, sepertinya tiada.

memori pernah tercipta
dibingkaikan
tanpa aku didalamnya.

.

perkara biasa gadis-gadis akan rasa. Dan jejaka akan ada alasan mereka. Stereotype!

aku bosan tahu?

Bosan sampai tahap semua benda nampak kelabu.

Sampai tahap hati makin tepu.

Sampai tahap hilang rasa cemburu.

Harap tidak sampai tahap hilang rasa sayang dan rindu!

Kau hilang melayan rakan sampai aku, kau ibaratkan batu.

aku bosan kau tahu?

The never ending search..

There are a million ways to adore.
But you are always my favorite.
No matter where you are now.
But I always know you're still out there. 
And I'm still waiting.
Never be done..
And keep your love with you.
Do so.
Please..

Mimpi Teruna (Dewasa Sahaja)

Senyummu
Bibirmu
Leher jinjangmu
Perhiasan segala.

Semalam,
muncul pekat dalam mimpiku.

Lantas,

bangunku memaksakan

mandi.

suara hati

Jika boleh suara hati setiap insan didengari, maka sakit bingit lah telinga,
Kerana lebih lantang kita bersuara menggunakan hati, dari apa yang dizahirkan dari mulut.



*rasa macam pernah bagi this poem, if terulang. Maaf

Thursday, November 25, 2010

Pelacur Muda di Hundred Years Lane

kepada mereka yang pernah ku tiduri...

Dimanakah lagi untukku mencari seribu pelacur muda yang bisa membasahi tubuhku dengan airmatanya sendiri?

Dan aku manusia hina,yang tidak akan pernah menyesal mencari setiap nafas pelacur muda itu yang bisa mendesah,merayu,mengerang di atas ranjang setinggi langit biru yang terus terusan memelukku hingga ke dalam mimpinya yang paling hujung

Saling memakani

Aku tak kisah sangat
bila daging aku
dimamah-mamah
disiat-siat
sebab
aku pun ada
menikmati daging kamu
bila kamu tiada

jelas
kita bukan manusia sempurna :)

P/s: ini bukan cerita pasal daging korban minggu lepas

oiii kau....

oi...
perangai kau sungguh hodoh
orang cakap, kau buat bodoh
orang nasihat, kau jawab macam nak gaduh

oii..
Kau dengar sini baik baik
kau tu bertuah tidak, cuma nasib baik
tapi jangan ingat kau boleh naik
dengan peel kau yang tunggang terbalik

oiii....
kau memang tak reti bahasa
tak ada sopan tatasusila
aku hentam, kau hentam aku pula
aku sound..kau memang dah siap sedia
nih aku nak tanya..kau ingat kau tu sapa...???

oii....
ni aku nak baut pengumuman
kau tak payahla berlagak gentleman
aku dah sampai tahap menyampah tahap gaban
tengok kau berlagak tahap bangsawan.

oii...
aku nak ucapkan..kau...
BOLEH BLAHHHHHHHHHHHH..

Atas mimbar kayu yang hampir rapuh dan patah,
dia menumbuk langit,
berhujah,
berhujah,
dan berhujah.

Di depan seribu lautan manusia yang tak terkira,
dia mengerutkan dahi,
berbicara,
berbicara,
dan berbicara.

'Lelaki yang berjanji untuk memegang dunianya itu,
telah tertembak dengan kata-kata sendiri,'

'Dia terjatuh,
lalu mati dihimpap noktah-noktah yang tak kan habis,'

Wednesday, November 24, 2010

Akur

yalah
kau besar
kau hebat
kau kaya
kau ada semuanya

aku ini
hina
miskin
papa
minda kelas ketiga

yalah
biarlah aku sujud
di kasut kulitmu
anakku.

-sadis

pelangi 6 warna

Kacak bergaya gagah perkasa
Berharta berjuta
Indah belaka
Cuma ada yang tak kena
Tak sempurna
Tapi apa dia?
Ibarat pelangi 6 warna

Oh, nampak aku kini
pegangan agama mu tiada
Langsung habis kau nampak hina

Tuesday, November 23, 2010

exam..kertas perlu tulis

walau tak tahu apa-apa
walau tiada formula
walau fakta hilang kemana
walau otak serabut gila
walau kosong ilmu didada
tapi kertas ini perlu dicoret dengan tinta
kerna peperiksaan sudah bermula

*selamat menduduki SPM buat pelajar-pelajar form5... good luck
*good luck gak kpd pelajar2 UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS yg tgh menduduki peperiksaan akhir..

=)

Monday, November 22, 2010

St.

Tinggalkan aku disini,
biar sendiri.

Awan mendung di sebelah timur,
buat aku terkisah dengan darah yang tertitis.

Ya,
aku mahu malu,
dengan Tuhan yang sudah lama memberi kesempatan.

Pada angin yang melintas di sekitar daerah penindasan,
salamku harap kau sampaikan.

setiap yang mula,perlu ada akhirnya.

.

dan untuk setiap helaan nafas,
yang selalu ada kamu,
aku matikan.

dan untuk seluruh hati,
yang diisi oleh kamu,
aku kosongkan.

dan untuk memori fikiran,
yang penuh dengan kamu,
aku padamkan.

dan untuk segenap jiwa,
beribu dengan harapan,
aku kuburkan.

pergi dengan laju,
jangan menoleh aku lagi.

Sunday, November 21, 2010

SIKIT BICARA TEMAN

TEMAN SEKARANG
DATANG TIKA SUSAH
PERGI TIKA SENANG
PANDAI GUNAKAN ORANG

Amnesia


Selamat tinggal, kenangan.
Moga kamu pergi jauh,
tolong bawa air mata aku,
siramkan pada gurun dan padang pasir,
supaya tumbuh rumput menghijau.

Aku cuma mahu duduk diam.
Dan hela nafas dalam-dalam.

Saturday, November 20, 2010

cermin kasih retak sejuta



Cermin kasih retak sejuta
Jalur jalur rindu aku yang punya
Biar retak seseni apa jua
Biar sejalur membakar bahangnya!



Friday, November 19, 2010

Pulang.

Air hujan yang menitik dari hujung atap rumah,
aku tadah.

Dingin ribut yang terjamah,
aku ludah.

Subuh ini tak lagi lari,
jadi,
aku kembali.

Di dalam petir kilat,
dengan cergas ku tak penat,
embun semalam aku hembus biar berkabus.

Yang ada,
tinggal sejemput tanah basah,
dan nyanyian cengkerik di dalam rumah.

dunia kini

Anak dara ada halkum, assalamualaikum
anak teruna ada 'bumper', salam sejahtera
Ada rahim berangan nak ada sperm
ada halkum ada hati nak susukan bayi

Ohh dunia kini.

Thursday, November 18, 2010

cintakah itu?


aku

kau baja hati dengan kasih dan cumbu,
kau siram jiwa dengan pujuk dan rayu,
harapan diam tak berteman,
siang tertunggu-tunggu,
malam berdondang-sayang,
mimpiku hilang, 
kau pun terbang!



puisi lama.heh :)

Pejalan Kaki


Saya perempuan tersalah pilih lorong hidup.

Apabila saya terlanjur melalui lorong yang salah,
maka lambatlah saya sampai ke jalan kehidupan.
Setiap lorong yang saya lalui ada cerita suka dan duka.
Saya bunuh jiwa duka, saya ambil rohnya.
Buat teladan sepanjang jalan.
Saya mahu cepat sampai, justeru saya memilih untuk berjalan kaki.
Kerana kaki yang menyokong saya inilah yang akan mengingat,
setiap langkah, jatuh dan bangun.

relay.

kamu bergilir-gilir menyakitkan hati,
dan aku;
bergilir-gilir menggunakan kamu untuk mengubati.

Monday, November 15, 2010

hadirnya kamu tak sia sia

bukan masa penentu rasa
meski sebentar mahupun lama
terimpak di hati terkesan di jiwa
walau hadirmu seketika cuma

terbuka mata, teralih selera
berputar minda, berpinar semua
takut takut tak sempat bicara
biar kata jadi pengantara

kau terpenting antara semua
yang berjaya ubah segala gala
mencuit hati, menabur jasa
meneman hati tatkala lara

terima kasih, sentiasa ada
tak kira bila, tak kira mana
terima kasih tidak terhingga
sampai bila takkan kulupa

Is This Your Life?

I was a naughty kid
But I wasn’t all bad
I tried my best to be good
But did they notice?
No.

My good deeds went unnoticed
And my slightest mistakes,
were made sure to be punished severely.

My family was poor
But I didn’t blame them
I understood and accepted that fact.

But then they started blaming me
for all the shit in their life
And my life had become shitland.

But then I met and fell in love with someone
Whom I thought loved me too.
I thought she knew and accepted the fact,
that I was fucked up.

But I was wrong
And she left
So fuck me.


p/s: I wrote this for a friend who pretty much has the same life as me. The only difference is he’d found love and lost it. As for me, I’m still wondering what love is.

Sepucuk surat untuk seorang lelaki tua.

Sepucuk surat untuk seorang lelaki tua.

Saya menulis surat ini,
untuk melahirkan ketidaklupaan saya,
pada seorang lelaki tua.

Sebagai seorang anak muda yang masih hijau di pohon yang makin hilang kerapuhannya,
saya berasa sebak apabila kembali mengimbas muka kenangan kita yang lamanya.

Semakin saya membilang saat kedewasaan saya,
awak makin hilang dari kotak ingatan yang makin pelupa.

Sewaktu saya mengarang kotak-kotak abjad ini,
saya berada di sisi kipas tua yang berbunyi sepi,
dan terus terkenang waktu-waktu kita selama ini.

Saya benar-benar rindukan getaran suara awak yang syahdu,
saya benar-benar rindukan bisikan al-Quran yang awak dendangkan,
saya benar-benar rindukan bau seorang lelaki tua yang sentiasa di samping,
saya benar-benar rindukan tangan keras milik awak yang kian kaku tak tergerak.

Apa awak sihat, lelaki tua?
Saya harap bakti yang awak curahkan dahulu,
dibalas oleh rasa budi.

Apa awak sihat, lelaki tua?
Saya harap cukup segala makan dan minum awak,
supaya haus dan laparnya tidak terhalang dengan keadaan.

Saya selalu impikan,
awak masih di sini,
di atas bumi yang makin uzur, seperti awak,
saya harap, saya masih punya seorang lelaki tua.

Di bawah tanah,
saya doakan awak selamat sehingga kiamat.


Sunday, November 14, 2010

bila dahan sudah patah

Percayakah kau apa yang bakal ku katakan ini?
Pintaku kau dengar dahulu
Kerna momen momen luka ini
Mustahil tepat kau pragnoskan
Dengan skeptis biasa biasa
Dengan ucap kata kata

"Ahh mana mungkin begitu"

Hey!
Buka mata hati fikirmu
Jangan tolong jadi dungu
Egomu sikit pun tak membantu
Apa kau ingat kau jantan terbilang?
Bagiku kini kau akan ku buang

Ya dengarkan lagi
Buat kesekian kali
Aku ingin pergi
Jauh jauh kenangan akan pudar
Manis katamu kini telah hambar

Ah
Dalam duduk sendiri
Membilang tasbih resah
Sesudah bayang hilang teduh
Kerna dahan sudah patah
Tapi ku yakin luka akan sembuh
Akhirnya kini aku pasrah

Kita diubah masa.

Dia diusung keluar dari rahim seorang wanita paling subur cintanya,
dari cuping telinga dibisik merdu azan isinya penuh pengharapan,
bibirnya disapu manis buah tamar agar bicaranya jujur selalu bertafakur,
sebelum lena mimpi malamnya disulam cerita puisi zaman nabi.

Kita diubah masa.

Tangannya melekat dengan sampah yang kotor dan dosa yang cela,
saku seluar dipenuhi uwang semata-mata dan kuasa yang diharap selama-lamanya,
dengan kedudukan yang terpelihara, wanita luar negara dibunuh langsung tak terbela,
anjingnya seekor manusia, langsung hilang rasa biasa,

Kita diubah masa.

Saturday, November 13, 2010

dari perempuan kepada perempuan

sungguh,
yang sudah berpunya memang lazimnya menarik hati
yang susah dipetik, yang itu jadi keinginan abadi

tapi,
beringat ingat lah, 
Tuhan itu Maha Adil.
bilamasa kau cuba mencari ruang untuk menjadi orang ketiga
dan bilamasa hubungan terjalin atas kesedihan orang lain
ketika itulah namamu akan termaktub dalam buku karma

jika benar dia memang tercipta untukmu
dan engkau dicipta untuknya
tak perlu lah bermuslihat segala, 
tak perlu juga rebutkan dia
yang pasti, tak akan kemana.

jangan lah buka pekung di dada
jangan lah menangis meronta ronta
jangan mengejar jangan memaksa
nanti terjatuh terngadah sudahnya

aku faham apa kau rasa
aku juga pernah disana
tapi biarlah kena niat dan cara
tak perlu lah main redah saja

:)

Friday, November 12, 2010

sesat

izinkan aku,
sesat di hati mu,
selamanya ingin aku di situ,
di hati mu,
selalu.

Thursday, November 11, 2010

Musim.

Di musim yang semakin tak pernah tahu ini,
yang hujannya lebat selepas matahari menikam cepat,
niatku terus terdakap dan berharap,
agar awan lembabnya lambat.

Biar gersang bumi Tuhan,
daun-daun kering menyujud ke tanah berguguran.

Berubahlah sayang,
jadi sakura yang cantik.

Akan aku tunggu di hujung musim hadapan.

Musim.

Di musim yang semakin tak pernah tahu ini,
yang hujannya lebat selepas matahari menikam cepat,
niatku terus terdakap dan berharap,
agar awan lembabnya lambat.

Biar gersang bumi Tuhan,
daun-daun kering menyujud ke tanah berguguran.

Berubahlah sayang,
jadi sakura yang cantik.

Aku tunggu di hujung musim hadapan.

Sebuah Puisi Untuk Rusuk Kiriku

Kau tidak rasa ;
tapi aku berjalan sendiri,
di bawah lebat hujan,
menjajar sebuah langkah,
yang mendatar jadi keluhan.

Kau tidak faham ;
tapi di hujung terowong,
aku disambut sinar suria suam,
membisik semangat paling membakar,
yang hingga kini bernyala garang.

Kau tidak tahu ;
tapi di akhir perjalananku,
aku simpan semua cinta bahagia,
yang ku kumpul padu jadi hidupku.

Dan kau berdiri di ambang gerbang syurga,
menjadi pemimpin simfoni 44 suara bidadari ;
nyanyikan aku lagu paling mendayu,
sebuah lagu selamat datang.


p/s : hadiahi perkara tercantik untuk anugerah paling berharga Tuhan pernah berikan untuk seorang laki-laki.

Senja

Zikir hati tua itu,
Satu-satu, jaga-jaga.

Fikir hati tua itu,
Rangkak-rangkak, pelihara.

Biar dihayati penuh makna,
Biar semua abadi dalam jiwa,
Biar sampai ke puncak cinta,
Darah dan nyawa bukan perkara.

Kalau tinggi segunung pasti hapus,
Kalau besar sebumi pasti tebus,
Kalau tidak menyanggah daerah larangan,
Pasti si tua diampunkan.

Dengan zikir yang satu-satu.
Yang jaga-jaga.

Zikir hati tua itu,
Satu-satu,jaga-jaga.
Fikir hati tua itu,
Menyembuhkan silap hari yang lama.

*ditulis ketika kehilangan arwah atok.mohon doakan sekali kesejahteraan atok.tengs.

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.
- Riwayat imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih -

Hidup



"Hidup ini umpama sebuah coretan yang panjang. Apabila tangan keletihan, pena akan berhenti menulis"

live your life to the fullest

Wednesday, November 10, 2010

everything will be alright in the end. if it's not alright, it's not the end. :)

kalau tiba masa,
perlu dilepaskan genggaman tangan,
relakan saja

kerna
mungkin orang yang disayang,
bukan orang sama yang ditakdirkan Tuhan

tak apa,
tak apa,
sakit tu cuma ujian
kesaktian hati
kesabaran minda
keredhaan diri
sebelum gembira datang menyapa

Para-para Noid.

Sepatutnya kita saling percaya.

Bila tembok itu makin pecah,
seharusnya kita sama mendukungnya.

Rusuhan perasaan,
buat aku tertekan.

'Hai. Nama saya Paranoid. Saya akan terus disisi awak.

Sampai mati,'

Tuesday, November 9, 2010

halangan.

nikmat tuhan yang disampaikan pada kita hadir dalam pelbagai cara, bentuk rupa.
ketika hati merintih mahu memijak pada marmar yang putih,
melangkah, terus, tiada simpang siurnya,
ya benar, jalan itu lurus. itulah jalannya,
maka dihadirkan jawapannya, selalunya dalam bentuk yang kau jarang dapat terperasankan.
tolong, jangan jadikan kau sebagai alasan untuk tidak berpijak pada jalan itu.
ya, itu halangan terbesar,
..KAU.

bintang dalam balang

kalau namamu tertulis pada jet kertas
yang kau lempar terbang,
akan ku kutip satu persatu
lalu origamikan jadi bintang
dan simpan dalam balang.

Monday, November 8, 2010

hit and run

you hit me with your love
Make me fall deep in it
Make me blind of it
Make me can't stand alone without it

And then..
you ran away
Kejam!


*ilham dari entry bwh

Pepe (k) rangan.

Awan berwarna biru,
di hujung langit,
sedang menanti hiba,
dengan teriakan kita.

Sebentar lagi,
selepas berbunyi,
berdentum, berbaki,
ia akan turun mencari.

Air hujan,
warna merah,
makin parah,
dengan darah.

Kepala kita dipenggal,
jangan rasa sesal,
gelak kan,
lupa Tuhan,
hidup mu akan aman.

AKAN.

Sunday, November 7, 2010

Bayang-bayang putih

Bayang-bayang putih
aku pasti itu kau
yang menyorok di balik dinding.

Aku tahu kau di situ
memerhati sesuatu 
tanpa kau sedari
mataku menangkapmu.

Bayang-bayang putih
usah kau titskan air mata
kerna yang ada di hadapanmu 
hanya mainan dunia.

Kau gagah tatkala mengibarkan sayap
mengapa harus kau tersungkur 
hanya dek kakimu menjejak tanah
tempat terbongkarnya segala penipuan.

la vie privée

setelah puas semua sisi hidup aku kamu cabuli,
entah bilanya kamu mahu lepaskan aku pergi?

Berhala II.

Andai dia itu seperti berhala
Yang mahu dipuja-puja sepanjang masa
Diberi jamuan padanya tak kira harinya
Sentiasa suci tak bisa disentuh sesiapa
Biar jelas nampak sudah bobroknya di depan mata
Maka runtuhkan dan bakar sahajalah ia
Biar percaya kau pada manusia berhala
Tak ada penghujungnya.

Memberi Rela.

Bersama dirimu
Ku merelakan
Banyak perkara
Yang tidak pernah
Mahu Ku beri rela
Biar pada diriku
Sendiri.

Sebuah Miraj Bersama Elemen Kehidupan

aku tutup mata,
sekadar untuk bersembunyi,
dari sebuah cerita.

sebuah rendang sejuk,
di tengah padang lalang,
di atas bukit hijau,
meditasi bersahabat dengan sunyi.

tanpa guntur, kilau guruh bersilauan,
tanpa basah, titis hujan bertimpaan,
tanpa siapa-siapa sedar kewujudan ;
liar sepasang mata masih ada,
mencari tanda jalan di persimpangan.

bila kubuka mata ;
maya mimpi segera pupus.

kuatkanlah

maka,
kuatkan lah jiwamu,
teguhkanlah hatimu,

pasak teguh tiang keyakinanmu,

agar memori yang kau bina,
bersama temanmu yang telah tiada,
tak menjadi sia sia.



p.s- untuk teman PPP, erma alyssa. kuatkanlah! maaf ini cuma picisan.

AL - FATIHAH buatnya


ini bukan puisi
tapi kisah benar
yang ingin ku melodikan di sini
kisah kerinduan dan keakraban
dua insan bergelar lelaki

teman seperjuangannya
di mana saja mereka berdua
bersama meniti dewasa
penuh gelak tawa

terpisah di alam remaja
lantaran tuntutan hidup
pengorbanan terpaksa dilakukan
demi masa hadapan

tapi perpisahan yang disangkakan seketika
rupanya buat selamanya
teman tercinta pergi mengadap ILAHI
yang tinggal kini hanyalah memori

dan dia
sendiri..sepi..
menangis dalam hati..

*AL - Fatihah buat sahabat kami Mohd Luqman Bin Razali yang telah meninggal dunia tengah hari tadi. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman.. AMIN

Saturday, November 6, 2010

Saya ada ibu.

Waktu saya masih kecil,
saya lihat ayah menangis,
menangis.

Di hujung kelopak ayah,
ada manik-manik kaca terdedah,
gundah.

Tersedu ayah di hujung tangisnya,
dia tercukup rasa sunyinya,
sedihnya.

Di kamar sebelah,
ada ibu,
tergantung sayu.

Di kamar sebelah,
ada ibu,
lehernya patah.

Friday, November 5, 2010

embun yang hilang

Sendirian aku mendakap malam
Dalam dingin mimpi bertemu bulan
Aku telah bertemu kamu

Walau apa pun kiasku
Hatimu teguh di bintang itu
Yang selamanya milik dia

Secerah kerdip senyum nya
Kamu berdua memang sepadan
Aku ini yang tak tahu malu

Lalu jadilah aku hanya embun
Yang menanti datang pagi
Untuk hilang dan abadi




...

Wednesday, November 3, 2010

daripada aku berkata lagi dan disalah erti, baik aku berdiam diri dan kau pun tak payah susah hati kerana aku takkan sekali-kali berkata buruk

...tentang kau
malah sesiapa pun juga
yang sudi membaca
apa yang aku rasa

Dan satu waktu
kau perlu tahu

to hurt you
is the last thing
I would do...

ombak

dan jadikanlah kamu ombak
kaki aku pasti mengarah ke pesisir
kemarilah; harap harap untuk kamu
rangkul aku mungkin jamah
sedikit mana mana mampu

aku ini pasir.aku ini amat jalang.
sentiasa dampar tunggu kamu datang

sedang batu batuan tak lagi
berahi memecah kamu ke tepi
kamu tetap datang untuk pergi


24Februari2010

Tuesday, November 2, 2010

PALSU..


matang tak mampu dibeli,tak perlu dicari kawan
ia hadir sendiri
tanpa kita sedari
seperti pelangi

tak perlu tunggu tua
tak perlu masuk baju dalam sependa
tak perlu berjuta kerut dimuka,
tak perlu berkaca mata tebal semata,
hanya untuk nampak matang dimata semua
itu semua bukan kayu ukurnya

matang tak boleh dicipta,kawan
kerna ia adalah cara 
bagaimana kita melihat dunia


Lelaki yang meraikan kehidupan.

Sang pencinta itu menempuh hidupnya yang berduri,
di atas dunia yang damai (konon) ini,
dia berlari.

Mengejar semalam,
yang sudah terbabas,
mengejar esok,
yang hampir terlepas,
mengejar masa hadapan,
yang kian terkandas.


Sang pencinta itu menempuh hidupnya yang berduri,
di atas dunia yang damai (konon) ini,
dia mati.

Monday, November 1, 2010

Cinta Hajar

Cinta seorang Hajar kini benar-benar mekar.

Seluruh banjaran Shofa
Sepenuh laluan Marwa

Biar kematu
Biar buntu
Jangan membatu

Dia yang meniup fitrah
Dia yang menguji susah
Dia yang menganugerah.

Zam-zam itu
Bukti

Risau sang ibu yang ajaib.