Friday, November 26, 2010

Bekal Sahabat


hari pertama aku mengirim puisi ke PPP, harap tunjuk ajar:


Kala matahari terik di rantaian awan
Datang sahabat bersila sambil bertanya
Soalan yang sepatut sudah dijangka
"Apakah bekal kau sudah cukup untuk mati?"
"Kerana waktu hampir ke sini"
"ku lihat manusia lain bagai tidak mengerti"
"setengah yang lain masih tercari-cari"
"malah bertengkar apakah perlu bekal itu nanti"

Akal cuba selongkar jawapan
Tidak bersedia diterjah soalan
Walau dengarnya mudah
Tapi hati rasakan susah dan payah
Barulah sedar apa sebenar yang dicari
Ku lihat wajah sahabat tadi
Dan mulai mengerti
Bekal apa yang patut ku bawa nanti

Ku katakan padanya
"Mengapa ditanyakan soal mati"
"Bukankah ia hak Illahi"
"Sudah aku cuba kotakan janji"
"dan rahsia itu untuk Dia hakimi"

"Namun sahabat"
"Satu bekal aku pinta darimu"
"Bila sampai masa aku"
"Saat nanti jasad dan lahad bersatu"
"Cubalah datang temui aku"
"Agar aku tau"
"Kau akan sentiasa mendoakanku"
"Buat penerang ruang kubur sempitku"
"Sebelum dapat kita bertemu"
"Dalam syurga idaman kau dan aku"

3 comments:

  1. puisi yang baik bagi lara..

    memberi kesan terutama pada lara yang selalu sendiri sendiri..

    ReplyDelete
  2. sangat klasik gambar...
    teringat saat dahulu
    waktu bersama rakan
    waktu mandi bogel di sungai
    waktu tiada masalah menjelma...

    ReplyDelete
  3. bawa bekal pergi sekolah
    bawa amal bertemu Allah

    ReplyDelete