Monday, November 29, 2010

Rindu



Satu hari datang berita

Berita dari langit kata mereka

Dalam cemas aku bertanya

Adakah aku bakal mangsanya

Berita datang bawa gembira

Kalau gembira kenapa ku duka

Hadapan mereka aku berjeda

Konon hidup takkan sengsara

Berita ini kejamkah?

Berita ini baikkah?

Kalau kejam kenapa mereka berwajah indah?

Kalau baik kenapa aku dan mereka terpisah?

Baik sebenarnya, lembut kata hatiku

Ada hikmahnya, misteri kata imanku

Sabar jawabnya, akal mengajar kepada rinduku

Senyum sahaja, teringat aku ilmu dahulu

Moga-moga aku mampu hadapi kehilangan ini

Harap-harap aku boleh melangkah lebih tinggi

Dengan takut,dengan mimpi,dengan cinta dari Illahi.


Rindu
February 2nd, 2006
*dibuat ketika berpisah kejap dengan famili dulu.ketika itu masih belum baligh.haha.

3 comments:

  1. dan aku terus rindu
    belai mesra mulus kulit
    harum bau wangian kemboja
    di pusaramu...

    ReplyDelete
  2. dapat asrama ya..hahha

    anyway puisi ni comel =]=]

    ReplyDelete
  3. princeduyong:thanx geng,

    specky:thanx.haha.bukan ke asrama,tapi family terpaksa ke thailand dulu.lantas aku tinggal sorang.

    ReplyDelete