Sunday, November 21, 2010

Amnesia


Selamat tinggal, kenangan.
Moga kamu pergi jauh,
tolong bawa air mata aku,
siramkan pada gurun dan padang pasir,
supaya tumbuh rumput menghijau.

Aku cuma mahu duduk diam.
Dan hela nafas dalam-dalam.

3 comments:

  1. wahai kenangan
    datang kamu segera
    bawakan segala indah dahulu
    jelmakan jadi realiti bukan fantasi
    dapat aku ketawa semula

    diamku bukan tanda menyerah
    diamku penuh akal...

    ReplyDelete
  2. kenangan buat aku mahu amnesia
    mahu cipta kenangan baru
    tanpa aku tahu aku punya kenangan lalu
    iaitu ada aku dan kamu

    ReplyDelete
  3. sejauh mn boleh berlari...
    ia tetap akan ikut

    ReplyDelete