Thursday, November 18, 2010

Pejalan Kaki


Saya perempuan tersalah pilih lorong hidup.

Apabila saya terlanjur melalui lorong yang salah,
maka lambatlah saya sampai ke jalan kehidupan.
Setiap lorong yang saya lalui ada cerita suka dan duka.
Saya bunuh jiwa duka, saya ambil rohnya.
Buat teladan sepanjang jalan.
Saya mahu cepat sampai, justeru saya memilih untuk berjalan kaki.
Kerana kaki yang menyokong saya inilah yang akan mengingat,
setiap langkah, jatuh dan bangun.

1 comment:

  1. hidup ini judi
    kita tak tahu apa yang bakal terjadi
    jadi tak salah untuk cuba serba serbi
    kerna dari situ kita kan belajar lebih menghargai =]=]

    ReplyDelete