Friday, November 19, 2010

Pulang.

Air hujan yang menitik dari hujung atap rumah,
aku tadah.

Dingin ribut yang terjamah,
aku ludah.

Subuh ini tak lagi lari,
jadi,
aku kembali.

Di dalam petir kilat,
dengan cergas ku tak penat,
embun semalam aku hembus biar berkabus.

Yang ada,
tinggal sejemput tanah basah,
dan nyanyian cengkerik di dalam rumah.

2 comments:

  1. Sang PETAK, letak la label kat puisi2.
    aku suka puisi ko, tapi jangan riak.
    ha ha

    ReplyDelete