Thursday, November 11, 2010

Musim.

Di musim yang semakin tak pernah tahu ini,
yang hujannya lebat selepas matahari menikam cepat,
niatku terus terdakap dan berharap,
agar awan lembabnya lambat.

Biar gersang bumi Tuhan,
daun-daun kering menyujud ke tanah berguguran.

Berubahlah sayang,
jadi sakura yang cantik.

Akan aku tunggu di hujung musim hadapan.

4 comments: