Monday, November 8, 2010

Pepe (k) rangan.

Awan berwarna biru,
di hujung langit,
sedang menanti hiba,
dengan teriakan kita.

Sebentar lagi,
selepas berbunyi,
berdentum, berbaki,
ia akan turun mencari.

Air hujan,
warna merah,
makin parah,
dengan darah.

Kepala kita dipenggal,
jangan rasa sesal,
gelak kan,
lupa Tuhan,
hidup mu akan aman.

AKAN.

1 comment: