Saturday, October 30, 2010

Abjad prosa puisi.

Semalam dia bilang mahu buatkan aku satu prosa paling indah satu perkataan paling cantik dan susunan abjad paling menarik. Dia janji begitu. Dia janji mahu buat begitu. Dia janji mahu susunkan begitu. Itu apa yang dia janjikan.

Jadi, aku tunggu. Semalam, sudah jadi kelmarin, sudah jadi minggu lepas, bulan lepas, dan aku dah tak tahan nak tunggu.

"Sayang, mana yang kau janjikan?" aku tanya.

"Apa yang aku janjikan?" dia tanya.

Aku diam, sambil pandang perutnya yang putih, macam langsung tak ada darah.

"Puisi," aku kata.

"Ada," dia kata.

"Mana?" aku tanya

"Mana apa?" dia tanya.

"Ah. Kau main-main lah!" aku marah. Aku tengking dia.

"Ha? Apa dia yang aku main-main?" dia marah balik. Tapi, dia tak tengking aku.

"Sudahlah, kita berpisah saja!!!" aku terus TERsebut.

"Haaa! Itu lah dia," dia kata. Muka langsung tak terkejut.

"Apa?"aku tanya.

"Ayat tu. Yang indah tu. Itulah yang aku nak bagi pada kau," dia kata.

"Apa?" aku tanya.

"Kita berpisah saja," dia kata. Aku diam.

"Indah, kan?" dia kata, sebelum keluar, dan tinggalkan satu prosa, puisi, abjad yang paling menarik cantik dan indah.



8 comments: