Sunday, October 17, 2010

Ramadhan,Hujungnya

Dalam malam yang bening
dan pagi yang hening


Dalam sujud yang hina

dan hati yang hamba


Dalam doa yang dalam

dan dosa yang silam


Dalam taubat yang sungguh

dan azam yang kukuh


Dalam sepuluh yang terakhir;

dan seribu bulan yang hampir


Air mata menjadi begitu murah

Bila sukma sudah mahu berpasrah


Maka apabila hati digenggam rindu

Kau mengherdik pada nafsu

Pada diri yang keliru

Dan sifat yang melulu


Dalam sepuluh yang terakhir

Dan seribu bulan yang hampir

Seorang Muslim menjadi cair

Akibat cinta Tuhannya yang mengalir.


4 comments: