Saturday, October 23, 2010

Hujung

Memutus hubung dua dunia
Mengakhir hirup udara
Hujung jalan untuk dia
Bagimu esok masih ada
Terus tapakkan langkah
Menoleh boleh, mengundur tersungkur
Mengenang jangan sampai bergenang
Terus tapakkan langkah
Dia pasti bahagia didakap kasih Tuhan

Hujung untuknya, untukmu bukan
Belum masanya



(pertama kali ditulis di sini , Julai 2009)

3 comments:

  1. melangkah selagi kudrat masih bersisa.

    ReplyDelete
  2. "Hujung jalan untuk dia
    Bagimu esok masih ada
    Terus tapakkan langkah
    Menoleh boleh, mengundur tersungkur
    Mengenang jangan sampai bergenang"

    siapa saja dia,takziah.

    tulisannya mantap!!

    ReplyDelete
  3. sastraboy..ya betul...melangkah selagi ada daya..

    shazlee, terima kasih. tapi masih mentah lagi. :)

    ReplyDelete