Monday, October 18, 2010

Diri dan Hati

pada hari diri hampir rebah dipanah warkah
kubesikan hati agar kebal dari termusnah
kerana bila sampai saat kalam tulis menumpul
tidak lagi mahu aku meraut diri
dimakan asah tajamnya pisau
sampai akhirnya tiada lagi
sampai akhirnya mati hati

2 comments:

  1. aku musykil
    kerna aku kurang faham
    ah,
    puisi itu untuk dibaca laju-laju
    jangan takut, jangan berhenti
    sampai noktah terakhir
    kau diamkan saja
    walau tanpa erti.

    (apesal aku komen macam tulis puisi jgk..hahaha...masuk sini secara total mood aku berubah. Tahniah tuan tanah!^_^)

    ReplyDelete