Sunday, October 3, 2010

matahari mati

(tajuk pesong)

Pungguk dah penat dan bosan menanti bulan yang masih enggan jatuh ke riba.
Kenapa daripada dulu Pungguk tak terbang saja dapatkan Bulan?
Pungguk segan. Bulan enggan.
Mungkin ini masanya Pungguk terbang ke arah bertentangan
tinggalkan lupakan Bulan yang enggan.
Mungkin ini masanya Pungguk terbang sama tinggi sama rendah dengan sang undan
daripada terus menanti si Bulan yang enggan
dan akan terus menerus enggan.

Bye Bulan? Kalau senang dah lama Pungguk lakukan.

Biar sampai bila pun Bulan enggan, Pungguk akan tetap terus rindukan Bulan.

4 comments:

  1. cari je undan tu. haha.

    err, undan tu apa eh?

    ReplyDelete
  2. for the sake of rhyming haha sejenis burung http://www.google.com.my/search?q=burung+undan&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a

    ReplyDelete
  3. kerana pungguk terlalu setia gamaknya.

    ReplyDelete
  4. sebab bulan hanya satu muncul tiap malam

    ReplyDelete